Sunday, January 17, 2010

Siapakah Luqman Al-Hakim yang disebutkan didalam Al-Quran?

kepada pelajar subjek aqidah ULS 1022...apakah jawapan anda??

13 comments:

  1. SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM??????
    memaparkan satu kisah mengenai Luqman yang dikurniakan hikmat kebijaksanaan dan rahsia mengenal Allah Taala, membanteras syirik, mendorong supaya berakhlak mulia dan menjauhi daripada akhlak tercela.

    Tentang nama Luqman, tidak terdapat dalam al-Quran kecuali dalam surah ini sahaja, itupun di pertengahan surah. Dalam surah ini terdapat lapan ayat yang menyentuh tentang Luqman al-Hakim dan anak-anaknya, iaitu bermula dari ayat 12 hingga ke ayat 19.
    Para ulama tidak sepakat kata tentang siapakah Luqman itu? Dari manakah asal-usulnya? Adakah dia seorang Arab atau ‘Ajam? Apakah pekerjaannya dan adakah dia seorang nabi atau seorang hamba yang soleh?
    Tentang namanya terdapat dalam “Tafsir al-Qurtubiy” yang diriwayatkan oleh Muhammad ibn Ishak bahawa namanya ialah Luqman ibn Ba’ura’ ibn Nahur ibn Tarah dan Tarah ini ialah Azar ayah nabi Ibrahim a.s. Menurut silsilahnya Nahur mempunyai dua orang saudara iaitu Ibrahim dan Harun. Luqman adalah cucunya. Berdasarkan pendapat ini bolehlah dikatakan bahawa Luqman cucu saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.
    Menurut Abd al-Rahman al-Suhaylij:
    Luqman ibn ‘Anqa’ ibn Sarun adalah seorang yang berketurunan Naubah dan suku bangsa ‘Aylah.Wahab ibn Munabbih berkata: Luqman adalah anak lelaki kepada saudara perempuan Nabi Ayub a.s. Sedangkan Muqatil pula berkata: Luqman adalah anak lelaki kepada emak saudara Nabi Ayub a.s.
    Dari kedua-dua pandangan yang terakhir ini jelas menunjukkan bahawa Luqman ada hubungan dengan Nabi Ayub a.s. Cuma mereka berbeza pandangan apakah ia anak lelaki saudara perempuan Nabi Ayub a.s. atau anak lelaki emak saudaranya.
    Diceritakan juga bahawa Luqman hidup seribu tahun semasa Nabi Daud a.s. dan sempat mengambil ilmu daripada Nabi Daud. Ia juga adalah sebagai ahli fatwa sebelum kebangkitan Nabi Daud, apabila Nabi Daud dibangkitkan maka terputuslah fatwanya.

    ReplyDelete
  2. Tentang pekerjaannya terdapat pula pelbagai pandangan. Ada yang mengatakan bahawa Luqman adalah seorang tukang jahit. Ada yang mengatakan bahawa ia seorang pengembala kambing dan ada yang mengatakan ia seorang tukang kayu .
    Selain daripada itu terdapat juga pertikaian ulama tentang sama ada Luqman seorang hakim (bijaksana) atau seorang nabi (nubuwwah). Sebahagian besar ulama berpendapat bahawa Luqman adalah seorang hakim bukan nabi termasuk Mujahid Said bin al-Musayyab dan Qatadah. Manakala Akramah dan al-Sya’bi berpendapat bahawa Luqman adalah seorang nabi.
    Daripada pandangan-pandangan yang dikemukakan tadi dapatlah ditarik kesimpulan seperti berikut:
    Tentang namanya para ulama tiada berselisih pandangan iaitu ((Luqman)). Apa yang menjadi perselisihan ialah tentang asal-usulnya. Oleh kerana tiada didapati nas-nas yang kuat dan sahih berkenaan asal-usulnya, saya berpendapat cukuplah berpegang dengan namanya yang termasyhur dan termaktub sebagai nama surah daripada surah-surah al-Quran.
    Luqman adalah seorang lelaki yang soleh lagi bijaksana, bukan seorang nabi berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar katanya:

    سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : لم يكن لقمان نبيّا ولكن كان عبدًا كثيرا التفكر
    حسن اليقين أحبّ الله تعالى فأحبّه الله فمنّ عليه الحكمة.
    Maksudnya: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah Luqman seorang nabi akan tetapi seorang hamba yang banyak berfikir, baik keyakinan dan sangat cintakan Allah hingga Allah mencintainya. Lalu dikurniakannya hikmat
    .
    Sekalipun terdapat berbagai-bagai pandangan berhubung dengan Luqman, namun yang penting bagi kita ialah keperibadiannya yang tinggi dengan pengurniaan hikmat daripada Allah itu adalah satu keistimewaan dan kelebihan yang mengatasi segala batas-batas suku bangsa, warna kulit, status sosial dan sebagainya. Dengan sebab itulah satu surah daripada surah-surah al-Quran dinamakan dengan namanya.
    Dalam kitab-kitab tafsir banyak sekali disenaraikan kata-kata hikmat yang disandarkan kepada Luqman al-Hakim. Antara lain adalah seperti berikut :
    Sesungguhnya emas itu diuji dengan api, manakala orang beriman itu diuji dengan bala.
    Tiada kekayaan lebih bernilai daripada kesihatan dan tiada nikmat lebih utama daripada baik hati (jiwa).

    Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan yang berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau masih terbaring di ataskatilmu.

    Dunia ini bagaikan lautan dalam, banyak orang yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu jadikanlah taqwa kepadanya sebagai bahteramu, iman sebagai muatannya, tawakal sebagai layarnya, moga-moga engkau beroleh kejayaan. hanya kebijaksaan itu boleh meletakkan orang-orang miskin di tempat raja.

    Sesung dunia ini sedikit sahaja, sedangkan umurmu lebih sedikit daripada yang sedikit itu, manakala yang masih baki lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
    Dalam surah Luqman didapati lapan ayat berturut-turut secara khusus memperkatakan kisah Luqman. Tujuh ayat merupakan isi pengajaran Luqman kepada anaknya. Ayat-ayat inilah yang menjadi tumpuan penulis untuk menentukan asas-asas pendidikan. Ayat-ayat tersebut dapatlah diklasifikasikan kepada tiga asas yang utama sebagai berikut:-

    ReplyDelete
  3. Sambungan..........
    Lukman al-Hakim adalah seorang hamba Allah yang memiliki pandangan dan pemahaman yang cemerlang serta luas ilmu pengetahuannya. Beliau menginginkan agar anak-anaknya berjalan di alam fana ini dengan selamat dan memperoleh keredhaan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. Beliau bercita-cita agar anak-anaknya memiliki akhlak yang mulia.

    Lukman al-Hakim sentiasa berpesan dan memberikan bimbingan kepada anak-anaknya. Beliau memberi hikmah dan ilmunya kepada anak-anaknya untuk menerangi jalan hidup serta membimbing mereka ke jalan yang lurus. Nasihat-nasihat beliau terakam dalam Al-quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Diantara nasihat-nasihat beliau adalah seperti berikut:

    1)Larangan berbuat syirik dan mengajak untuk bertauhid. Tauhid merupakan pesanan terpenting dan menjadi tujuan utama diutuskan para nabi dan rasul sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi Muhammad s.a.w. Beliau menerangkan bahawa menyekutukan Allah merupakan kezaliman yang paling besar dan paling berbahaya, kerana tidak ada dosa yang lebih besar selain dosa syirik.

    2)Berbakti kepada kedua ibu bapa kerana kedua ibu bapa mempunyai kedudukan yang tinggi disisi Allah s.w.t. Oleh sebab itu, nasihat berbuat baik terhadap keduanya diletakkan setelah nasihat bertauhid dan larangan berbuat syirik.
    3)Menyedari akan pengawasan Allah s.w.t, sebab sepandai-pandai manusia menyembunyikan apa yang telah dilakukannya, nescaya Allah pasti akan memperlihatkannya, kerana Allah s.w.t maha melihat lagi maha mengetahui.

    4)Rajinlah mendirikan solat, kerana solat merupakan kewajipan bagi setiap muslim sebagai tanda kesyukuran dan keimanan mereka. Beliau mengajak dan mengajari anak-anaknya untuk mendirikan solat secara baik dan benar sebagaimana yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t.

    5)Sentiasa melakukan kebaikan. Beliau memegang erat tangan anak-anaknya, lalu mengajak ke jalan kebaikan. Beliau sangat bijaksana dalam memimpin anak-anaknya agar selalu mengatakan perkataan yang benar serta tidak berbohong.

    ReplyDelete
  4. 6)Mencegah kemungkaran sebagaimana yang dijelaskan dalm surah Lukaman ayat 17. Beliau berkata kepada anak-anaknya bahawa orang yang melihat perlakuan mungkar dihadapannya atau dilingkungan atau keluarganya, tetapi dia tidak berusaha mencegahnya, maka dia itu adalah manusia yang sakit jiwa, lemah imannya, tidak memiliki kepribadian dan tidak mempunyai kewibawaan.

    7)Sabar menghadapi cubaan dan ujian. Lukman al-Hakim menyedari bahawa orang yang berjalan di atas kebenaran tidak terlepas dari rintangan dan cubaan, maka sudah semestinya ia mencari jalan untuk mengatasinya segala rintangan itu dan bersabar terhadap persoalan yang dihadapinya.

    8)Tidak bersikap sombong, bersikap baik dan tidak meremahkan orang lain, melalui cara bercakap mahupun berjalan. Sifat takbur atau sombong merupakan penyakit kronik yang sangat berbahaya kepada manusia. Oleh itu, Lukman al-Hakim menasihati anak-anaknya seperti berikut;
    ~Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia dan janganlah menjauhkan diri dari mereka kerana merasa diri paling hebat.
    ~Jangan memandang orang lain remeh dan hina.
    ~Jangan kamu bergaul dengan orang-orang yang berhasad dengki dan sombong.
    ~Hiduplah bersama orang lain dan untuk mereka.
    ~Dengarlah dengan teliti jika orang lain berbicara dan bergaul denganmu.
    ~Tunjukkan kepada orang lain wajah yang manis,riang dan gembira.
    Jika kamu bersama orang lain, aka senyumlah selalu dan bersikap lemah lembut kepada mereka, nescaya mereka akan mencintaimu.
    ~Jika kamu merendahkan diri kepada mereka, mereka akan memuliakanmu.
    ~Ketahuilah bahawa orang yang sombong itu tak ubah seperti seorang yang berdiri dipuncak bukit. Jika dia melihat kebawah, semua manusia kelihatan kecil, sedangkan dia sendiri dilihat kecil pada pandangan orang lain.

    Demkianlah beberapa untaian nasihat Lukman al-hakim yang diabadikan oleh Allah s.w.t dalam Al-quran. Tentunya masih banyak lagi mutiara hikmah beliau yang masih tersisa dan bertebaran baik didalam ai-quran mahupun al-hadis kerana Lukman al-Hakim merupakan manusia yang tepat serta jitu nasihatnya.
    KAJIAN DARI::::
    TUAN MOHAMAD FAIZAL BIN TUAN MOHAMAD
    DIPLOMA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM SEM 3
    SUMBER INTERNET.......

    ReplyDelete
  5. Luqman Al-Hakim yang disebutkan didalam Al-Quran bukanlah seorang nabi mahu pun raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Lalu Allah telah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia redha dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman.Beliau juga adalah seorang yang bijaksana.Kata-katanya diberkati Allah dan dirakamkan didalam Al Quran.Maka kerana itu, kisah ini diceritakan di dalam AI-Qur’an agar kita semua dapat mengambil pedoman dan berpegang dengan wasiat-wasiatnya.
    =>NUR 'AMIRAH BT MAZLAN (080616),DPIK 4B<=
    =>NORAZILAH BT SAIFUL BAHRI (080475), DPIK 4B<=

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ustaz afif

    siapakah luqman al-hakim

    Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

    Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

    Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang yang Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah.

    Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”

    Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”

    Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.

    Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”

    Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.

    MOHD HAFIZ BIN MOHD RADI
    DPSM 3

    ReplyDelete
  7. Luqman Al-Hakim yg disebut di dlm Al-Quran ialah:

    1)Tiada berselisih pendapat dlm ulama` iaitu namanya Luqman

    2)Luqman adalah seorang Habsyi.B`dsrkn sebuah hadis Rasulullah s.a.w berbunyi"Adakah kamu tahu bangsa apakah Luqman itu? Para sahabat menjwb "Allah dn RasulNya lbh mengetahui" Lantas Baginda memberitahu "Dia adalah seorang Habsyi".
    (Riwayat Abu Hurairah r.a)

    3)Luqman adalah seorang lelaki yg soleh lg hakim bukannya seorg nabi.Rasul bersabda "Luqman itu bukannya seorg nabi,tapi dia adalah seorang hamba yg bnyk berfikir,teuh keyakinan dan sgt cinta kpd Allah hingga Allah menyintainya lalu dikurniakan ke atasnya hikmah"
    (Riwayat Abdullah Ibnu Umar)

    4)Sekalipun terdapt berbagai pndgn berhubung dgn Luqman,namun keperibdiannya yg tinggi dgn hikmah kurniaan Allah kpdnya adlh suatu keistimewaan dan kelebihan yg mngatasi segala batas-batas suku bgsa,warna kulit,status sosial dn sbginya. Oleh sbb itu,1 surah diantara surah-surah Al-Quran dinamakan dgn namanya.

    Rujukkan:Surah Luqman Satu Pengenalan oleh Abdul Rashid Ahmad

    -Shafiqah Akidah Bt Saha (080652) DUUS 4C-
    -Nur Sakinah Bt Merikan (080649) DUUS 4C-
    -Nur Imaninan Bte Aminordin (080605) DUUS 4C-
    -Hazwani Bt Yusuff (080717) DUUS 4A-

    ReplyDelete
  8. LUQMAN AL HAKIM IALAH :

    Seorang yang penuh dengan Hikmah dan Kebijjaksanaannya.Allah telah mengurniakan satu surah yang dinamakan atas nama Luqman. Kita dapat lihat firman Allah swt didalam ayat 12, surah Luqman: "DAN sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu)".

    Didalam ayat ini menyebut bahawa Allah swt telah mengurniakan kepada Luqman Hikmah khususnya didalam wasiat-wasiat beliau kepada anaknya dan kepentingan wasiat tersebut.

    Beberapa wasiat Luqman dari surah Luqman:

    1. Jangan sekali-sekali engkau mempersekutukan Tuhan. : (Luqman:13)
    2. Wasiat untuk berbuat baik kepada kedua Ibu-Bapa. : (Luqman:14)
    3. Jangan ikut seruan syirik.: (Luqman:15)
    4. Ingatlah, bahawa manusia itu akan mati. : (Luqman:15)
    5. Tiada yang akan tersembunyi dari ilmu Allah. :(Luqman:16)
    6. Dirikanlah Solat. : (Luqman:17)
    7. Kerjakan yang baik, tinggalkan yang jahat. : (Luqman:17)
    8. Jangan suka menyombongkan diri. : (Luqman:1
    9. Sederhana dalam perjalanan. : (Luqman:19)
    10. Rendahkanlah suaramu. :(Luqman:19)

    NIK HERMISWATY BT MOHD ZAKRI 080303 DUUS 4B
    SITI NORSHAHILA BT ABD AZIZ 080290 DUUS 4C

    ReplyDelete
  9. Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

    Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

    Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang yang Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah.

    Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”

    Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”

    Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.

    Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”

    Muhammad Umair bin Mohd Sani 080967 DPSM 3
    Noor Aqilah binti Rahim 090013 (DPSM 3)
    Nor Huzaila binti Yaacob (DPPI 3)

    ReplyDelete
  10. Seorang yang penuh dengan Hikmah dan Kebijjaksanaannya.Allah telah mengurniakan satu surah yang dinamakan atas nama Luqman. Kita dapat lihat firman Allah swt didalam ayat 12, surah Luqman: "DAN sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu)".

    Didalam ayat ini menyebut bahawa Allah swt telah mengurniakan kepada Luqman Hikmah khususnya didalam wasiat-wasiat beliau kepada anaknya dan kepentingan wasiat tersebut.

    Beberapa wasiat Luqman dari surah Luqman:

    1. Jangan sekali-sekali engkau mempersekutukan Tuhan. : (Luqman:13)
    2. Wasiat untuk berbuat baik kepada kedua Ibu-Bapa. : (Luqman:14)
    3. Jangan ikut seruan syirik.: (Luqman:15)
    4. Ingatlah, bahawa manusia itu akan mati. : (Luqman:15)
    5. Tiada yang akan tersembunyi dari ilmu Allah. :(Luqman:16)
    6. Dirikanlah Solat. : (Luqman:17)
    7. Kerjakan yang baik, tinggalkan yang jahat. : (Luqman:17)
    8. Jangan suka menyombongkan diri. : (Luqman:1
    9. Sederhana dalam perjalanan. : (Luqman:19)
    10. Rendahkanlah suaramu. :(Luqman:19)

    MUHAMMAD ISKHANDAR BIN ABDUL AZIZ-080528
    MUHAMMAD SUHAIMI BIN ABDUL RAHMAN-080596
    MUHAMMAD AMMAR AL-HUSAINI BIN RAHIMIN-080727
    DUUS 4A

    ReplyDelete
  11. Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

    Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

    Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang yang Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah.

    Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”

    Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”

    Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.

    Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”

    Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.

    mohd quayyum bin ibrahim 080323 dpik 4a

    ReplyDelete
  12. Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

    Seorang yang penuh dengan Hikmah dan Kebijjaksanaannya.Allah telah mengurniakan satu surah yang dinamakan atas nama Luqman. Kita dapat lihat firman Allah swt didalam ayat 12, surah Luqman: "DAN sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu)".

    Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”

    Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”

    Beberapa wasiat Luqman dari surah Luqman:

    1. Jangan sekali-sekali engkau mempersekutukan Tuhan. : (Luqman:13)
    2. Wasiat untuk berbuat baik kepada kedua Ibu-Bapa. : (Luqman:14)
    3. Jangan ikut seruan syirik.: (Luqman:15)
    4. Ingatlah, bahawa manusia itu akan mati. : (Luqman:15)
    5. Tiada yang akan tersembunyi dari ilmu Allah. :(Luqman:16)
    6. Dirikanlah Solat. : (Luqman:17)
    7. Kerjakan yang baik, tinggalkan yang jahat. : (Luqman:17)
    8. Jangan suka menyombongkan diri. : (Luqman:1
    9. Sederhana dalam perjalanan. : (Luqman:19)
    10. Rendahkanlah suaramu. :(Luqman:19)
    rujukan geogle

    muhd shanoor azwan b. saari 080457 dpik4c
    ahmad aizuddin bin adam 080462 dpik4a

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian.
    teruskan menulis. insyaAllah.

    selamat berpuasa.
    =)

    ReplyDelete