Thursday, January 21, 2010

Pasangan pelajar agama dicekup khalwat




SEREMBAN - Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuah hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) Isnin lalu.
Pasangan masing-masing berusia 20 tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut.
Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.
Difahamkan pasangan itu mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 8 malam sebaik sampai ke bandar ini dari kolej mereka.
Jurucakap JAINS berkata, pasangan itu ditahan dalam satu pemeriksaan rutin selepas membuat semakan di buku pendaftaran dan mendapati ada satu pasangan beragama Islam yang bermalam di situ. (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm)
PERSOALAN:
1.KENAPA PERKARA INI BERLAKU?.

14 comments:

  1. assalamualaikum ust....soalan nye yang wane merah yer

    ReplyDelete
  2. salam...
    kadang-kadang kita ini ada ilmu tapi tidak gunakan dengan baik sampai semuanya kita kata boley,ilmu tinggi manapun kalau tidak dipraktikal tidak cemerlang seseorang itu.

    ReplyDelete
  3. alamak lupa nak bagi tahu anonymous said itu sy arthagusliandi b. syamsul 080726 (dpik 4c)

    ReplyDelete
  4. Salam...bagi saya kita sebagai seorang muslim tidak kira lelaki mahupun perempuan haruslah menjaga adab dan tingkah laku antara llki dan permpuan..saye stuju dengan anymous....walau tinggi langit pon ilmu yang kita perolehi tapi tidak dipraktikkan nescaya rugi lah seseorang itu....dan neraka lah menantimu....kita sebagai seorang muslim haruslah berfikir secra waras tentang perkara yang baik mahupon yang buruk...

    ReplyDelete
  5. mintak maaf...saye lupa nak gitau...nama saya siti farahia bte muhamad jamil 080464

    ReplyDelete
  6. Nurul Liyana Binti Kamaruldzaman (080194)January 22, 2010 at 7:50 PM

    -mereka kurang pengawasan daripada ibu bapa.
    -pergaulan terlalu bebes.
    -mereka tahu perbuatan tersebut dilarang tetapi kemahuan yang mendorong mereka melakukan perbuatan terkutuk itu.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. masyaallah, tak sangka pelajar jurusan AL-quran dan As-sunnah sendiri berperilaku sedemikian. dimana ilmu yang dipelajari?? adakah mungkin mereka hanya mengambil jurusan tersebut dan sekadar untuk lulus didalam peperiksaan, dan mendapatkan pekerjaan dengan ijazah tersebut?? perkara seperti ini berlaku adalah kerana, ilmu yang dipelajari tidak mendapat berkat dari Allah. mereka barangkali hanya pelajari ilmu AQ + AS sekadar lulus peperiksaan dan tidak dapat mempraktikkan ajaran dalam kedua-dua wasiat Rasullah itu. aqidah setiap manusia itu terletak di dalam diri sendiri. kedua pasangan ini tidak mujahadah dalam mengawal nafsu masing-masing. sampai di suatu tahap, seseorang itu perlulah mengawal nafsunya itu dengan mendekatkan dirinya kepada Allah yg Esa. memperbanyakkan istighfar kpd Allah, nafsu perlulah dididik dan tidaklah dibela kerana nafsu boleh merosakkan diri sendiri. budaya kuning yang menular dengan berleluasa kini juga menjadi faktor peristiwa ini berlaku. bahan-bahan porno dan budaya barat yang menular dalam masyarakat kini menjadikan remaja-remaja leka dan hanyut dek arus zaman yg semakin hari semakin moden ini. pihak-pihak bertanggungjawab contohnya, kerajaan perlulah menapis dan menperketatkan undang-undang bagi mengawal perkara ini terus berlaku. ibubapa perlulah memainkan peranan penting terhadap anak-anak. mereka memerlukan pengawasan dari semasa ke semasa w/pun sudah menginjak dewasa. dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi, balik rumah pukul berapa, dan sebagainya. pergaulan yang terlalu bebas juga mengakibatkan remaja terus hanyut dan pergaulan ini perlu dibendung. pokoknya, jiwa setiap insan itu perlulah dididik dengan jiwa ISLAM. terapkan ISLAM dalam kehidupan, TAKWA kepada Allah, insyaallah kita dapat mengelakkan diri daripada tiupan syaitan-syaitan yang direjam.

    (080490-DUUS 4B)

    ReplyDelete
  9. tidak mustahil orang yang mengmbil jurusan AL-quran dan As-sunnah tidak berperilaku sedemikian....itulah dia manusia yang tidak mempraktikkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian....semua ini berlaku disebabkan faktor persekitaran....tempat2 maksiat semakin banyak kalau kita perhatikan... hotel2 murah mencari keuntungan dengan membenarkan orang islam yang bukan muhrim menyewa satu bilik...remaja2 sekarang tidak fikir kesan dengan perbuatan meraka ..oleh itu....berhati-hati la kita dengan pengaruh yang tidak sihat ini...apa yang kita belajar tentang agama praktikkanla dalam kehidupan seharian kita...sentiasa la mendekatkan diri dengan tuhan ....insyaallah kita akan terselamat dari godaan syaitan...


    080233(dw4)

    ReplyDelete
  10. salam ya ustat..Moral remaja hari ini dikatakan semakin rapuh. Banyak gejala tidak sihat yang turut
    membimbangakan ibubapa, orang ramai dan pihak pemerintah. Tidak kira sama ada remaja lelaki maupun perempuan. Ramai yang terjebak dalam kancah maksiat.Tapi apa yang saya baca itu, membuatkan saya terfikir, tidak bolahkah dia membezakan antara cinta dan nafsu. Apa yang d'lakukan itu mengikut nafsu semata-mata. Ya, apa yang di rasakan ketika itu bukanlah cinta, bukan kasih sayang sejati sebaliknya hasutan nafsu dan bisikan syaitan. Tolonglah bezakan antara cinta sejati dengan nafsu syaitan yang dilaknati. Di kesempatan ini saya merayu kepada gadis-gadis di luar sana, janganlah mudah terpedaya dengan pujuk rayu kaum lelaki. Ada teori yang mengatakan, lelaki menggunakan cinta untuk mendapat seks, dan wanita pula menggunakan seks untuk mendapatkan cinta.itu juz teori sahajerr.tp sy percayai x sume mcm 2.. Sejauh mana kebenarannya saya tak pasti tapi ramai gadis yang jatuh dalam perangkap lelaki dan sanggup menggadai maruah demi mengharapkan cinta dan perhatian. Bukan semua lelaki yang kamu serahkan diri itu seperti lelaki yang kamu impikan sebelum ini. Jangan sesekali mencuba sesuatu yang terlarang. kita juga yang akan menderita. Haram dan berdosa hukumnya, jadi tambah berdosa apabila bertindak mengkhianti kepercayaan ibubapa. Fikirkanlah, agar kita tidak tertipu dengan nafsu sendiri.
    NORAZILAH BT SAIFUL BAHRI-O80475
    NUR'AMIRAH BT MAZLAN-080616
    DIPLOMA KAUNSELING 4B

    ReplyDelete
  11. persoalan nye mereka nie dh tak sabar lg nak kawin ustaz...
    mereka dh wajib kawin dh ustaz..
    mana lah ibu bapa mereka nak letak muka kn ustaz.

    ahmad aizuddin bin adam 080462 dpik 4a

    ReplyDelete
  12. salam ustaz,

    perkara berlaku akibat desakan syaitan yg telah mempengaruhi nafsu manusia.
    bila manusia berdua_duaan pasti akan datang orang yg ke3.
    dan ini dinamakan cinta yang direstui oleh syaitan ustaz.
    ataupun mungkin mereka lupa sekita dosa atau pahala, kalau nak dikatakan mereka kurang didikan agama,subjek yg diambil kt klej sungguh mendalam iaitu al-quran dan sunnah..

    perkara ini disebabkan mereka lalai dengan agama.

    izah afiqah bte azalan 080720 dpik4c

    ReplyDelete
  13. betol kata izah itu ustaz nak kata takda agama aliran yang di ambil sudah membuktikan yang mereka nie kuat agama.

    mungkin mereka lalai dengan keseronokan dunia..

    ahmad aizuddin bin adam 080462 dpik 4a

    ReplyDelete