Wednesday, January 20, 2010

Apakah yang anda tahu tentang Dajjal??

16 comments:

  1. salam..pandangan kami mengenai dajjal ialah , perkataan Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya menutup (sesuatu). Ada beberapa pendapat mengapa disebut dajjal. Antara lainnya ialah:


    i) ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan


    ii) ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar


    iii) ia menutupi manusia dengan kekafiran


    iv) ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi


    v) ia menutupi dunia dengan barang dagangannya


    vi) ia digelar dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya (yakni menutupi maksud yang sebenar dengan kata-kata palsu).

    Penulis buku ini mengatakan, perkataan Ya'juj dan Ma'juj berasal dari kata ajij yang bererti nyala api. Ya'juj Ma'juj dibaratkan oleh penulis buku ini sebagai api menyala dan air bergelumang kerana hebatnya.

    Rasulullah saw pernah mengatakan sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari suurat al Kahfi dapat melindungi diri kita dari fitnah Dajjal.
    selain itu dajjal ialah “Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

    “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

    daripada kami norazilah bt saiful bahri,nur'amirah bt mazlan,kahidura,siti norliana,fatin dan siti nor farah ain. DIPLOMA KAUNSELING 4B.

    ReplyDelete
  2. Perkataan Dajal berasal dari kata dajala, ertinya menutupi(sesuatu). selain itu, ia disebut dajal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.

    dajal tidak diceritakan dalam Al-Quran tetapi banyak diceritakan dalam Hadis Nabi yang sahih seperti:
    "barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-kahfi, ia akan terselamat dari(fitnah)Dajal.

    Dajal merupakan suatu makhluk besar bermata satu, menjadi fitnah besar terhadap kaum muslimin yang keluar di akhir zaman.
    sebagaimana yang digambarkan Nabi Muhammad S.A.W "kedua matanya tidur tetapi hatinya terjaga"

    Dalam 'Musnad' Imam Ahmad terdapat hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud "ayah dan ibu Dajjal melalui perkhawinannya selama 30 tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. kemudian lahirlah dari mereka seorang anak lelaki yang buta sebelah matanya. ia menjadi seorang paling berbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanta tertidur tetapi hatinya tetap terjaga."

    di dalam "sahih bukhari" disebutkan: telah menceritakan kepada kami 'Abdan, telah menceritakan kepada kami Abdullah, dari Yunus, Dari Az-Zuhri dari Salim, bahawa Ibnu Umar r.a berkata: "rasullah S.A.W, berdiri dihadapan orang ramai, lalu memuji dan menyanjung Allah sebagaimana biasanya. kemudian Baginda menyebut-nyebut Dajjal, "sesungguhnya aku mengigatkan kamu semua agar berhati-hati terhadap Dajjal. setiap nabi pasti memperingatkan kaumnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah mengigatkan kaumnya. Akan tetapi, akan ku beritahukan kepada akmu semua tentang Dajjal yang belum pernah diberitahukan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya. Kamu semua harus tahu bahawa Dajjal buta sebalah matanya, dan bahawa Allah tidak buta sebelah mata-Nya.

    sumber:1.Buku Dajjal akan muncul dari kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, Muhammad Isa Dawud, Halaman 50,88
    2. Buku kemunculan Dajal dan ya'juj ma'juj,Maulana Muhammad Ali, halaman 6,8

    ~DPIK 4B-Nurwardah Hani Md Zaini
    -Syahidah Fatiha Mohd Hassan
    -Nurul Suhadah Momat Atan
    -Nur Aslinda Abd Jalil

    ReplyDelete
  3. NURUL LIYANA BINTI KAMARULDZAMANJanuary 22, 2010 at 7:22 PM

    -Dajal merupakan makluk yang besar dan bermata satu

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum ustaz..
    Kisah Dajjal tidak diceritakan didalam al-qur’an tetapi kisah Dajjal banyak disebutkan di dalam hadis-hadis Rasul. Banyaknya hadis yang mengenai Dajjal itu menjadikan hadis-hadis itu bertaraf mutawatir (sah atau benar). Para ulama dulu mentafsirkan hadis-hadis mengenai Dajjal dan sifat-sifat mereka dengan tafsiran harfi atau pengertian lahir sahaja.
    Misalnya,dajjal disifatkan mempunyai sebelah mata sahaja, iaitu di sebelah kiri. Dajjal ialah suatu makhluk yang besar dan tinggi hingga lautan yang dalam itu hanya di paras buku lalinya sahaja, Dajjal boleh memberi syurga kepada sesiapa yang mematuhi suruhannya hingga akhirnya dia dianggap sebagai Tuhan.
    Hanya Allah yang mengetahui saat lahir atau timbulnya Dajjal. Kelahirannya merupakan alamat kiamat yang hampir terjadi. Tidak ada fitnah yang paling hebat pernah dikenali manusia kecuali dengan timbulnya Dajjal. Dajjal maksudnya Kazzab iaitu pembohong atau pendusta. Ia dipanggil Dajjal kerana pembohongan serta pendustaannya.
    Dajjal berusaha siang dan malam menjadikan kebenaran sebagai kebatilan serta menukar wajah kebatilan itu sebagai kebenaran. Ramai manusia yang tertipu dengannya kecuali manusia yang benar-benar ikhlas keimanan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Wallahuallam..Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada fitnah Dajjal.
    Rujukan : Yakjuj Wa Makjuj:Dendam Amerika,Israel Terhadap Umat Islam (Susunan:Mustaffa Suhaimi)
    :Jom Tanya Ustaz
    (Dr Nik Yusri Musa)
    Daripada Student DPIK 4B,
    Nasariah Bt Jamian (080421)
    Fatimah Bt Hashim (080248)
    Siti Farahia Bt Muhd Jamil (080464)
    Siti Nur Ain Bt Mahadi (070663)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Dajjal atau perkataan asalnya 'dajala',yang membawa maksud menutupi sesuatu.
    Dajjal juga adalah seorang manusia yang berketurunan yahudi.dajjal bukan jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai makhluk yang di tangguhkan ajalnya 'minal munzharin'seperti halnya Nabi Isa AS yang diangkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini.lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawarah.
    Menurut imam Al-barzanji,ada pendapat mengatakan bahawaasal keturunan bapanya ialah seorang dukun Yahudi yang dikenali sebagai 'syaqq'.manakala ibunya pula dari bangsa jin.Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk2 halus.Lalu oleh Nabi Sulaiman as ia akhirnya di tangkap dan di masukkan ke dalam penjara.

    Antara sifat2 badannya:

    1,dajjal adalah seorang yang buta matanya belah kiri dan rambutnya yang panjang dan lebat,serta mempunyai syurga dan neraka.Nerakanya itu merupakan syurga,dan syurganya pula adalah neraka.

    2,mengikut hadis Rasulullah,perawakn dajjal adalah seorang yang kelihatan muda,berbadan besar dan agak kemerah-merahan.rambutnya yang kerintig dan tebal,kelihatan seolah-olah dahan kayu yang rimbun dari belakang.

    Tandanya yang paling ketara:

    PERTAMA:buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut.manakala mata kanannya yang tertonjol keluar kehijau-hijauan laksana bintang berkelip-kelipan.jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

    KEDUA:tertulis didahinya tulisan
    'kafir (ka fa ra)'tulisan ini dapat dibaca oleh semua orang islam samada seseorang itu boleh membaca atau tidak.

    mengikut hadis riwayat At-Thabrani,kedua-dua ini menjelma dalam diri dajjal setelah ia mengaku sebagai tuhan.Adapun sebelum itu,kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

    tempat tinggalnya sekarang:

    -dajjal telah wujud sejak berapa lama,ia dikurung di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama 'Al-Jassasah'.

    Fitnah dajjal:

    a.segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.benda-benda beku akan mematuhinya.

    b.bantuan syaitan-syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
    -syaitan2 juga akan bertunkus lumus untuk membantu dajjal.bagi syaitan,inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Nabi Adam as.

    c.ada bersamanya seumpamanya syurga dan neraka:
    -kelihatan bersamanya seumpama syurga dan neraka,juga sungai air dan sungai api.dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan.
    apa yanga dikatakan syurga itu sebenarnya adalah neraka,dan apa yang dikatakan neraka itu adalah syurga.

    (DA4)
    -Nur Hidayu Binti Mhd Ab.Raman
    -Nur Khairin Bte Abd Aziz
    -Nur Izzati Erna Bte Ramlan

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM...
    Menurut Rasulullah s.a.w, Dajjal itu akan datang dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.” Rasulullah juga berkata bahawa “tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal”. . Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
    Dajjal itu cacat matanya; dimana di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. Dajjal juga akan mengaku dirinya sebagai nabi pada kemunculannya nanti.
    Diantara tipu daya Dajjal kepada manusia adalah dia boleh menghidupkan ibu atau ayah kita yang telah lama meninggal dunia dan sekiranya ia adalah benar Dajjal menyuruh manusia mengaku dirinya sebagai Tuhan. Dan apabila dia menciptakan ibu atau ayah yang telah meninggal dunia itu dimana sebenranya Syaitan adalah yang menyerupai wajah orang yang telah meninggal dunia tersebut. Dan syaitan yang menyerupai wajah orang yang telah meninggal itu mengakui bahawa Dajjal adalah Tuhan.
    Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
    Menurut Rasulullah juga,tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
    Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
    Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Jawapan ini adalah berdasarkan daripada buku MENUNGGU KEDATANGAN IMAM MAHDI, DAJJAL DAN NABI ISA OLEH Abdul Latif Asyur.

    DUUS 4A
    NUR SYAFIQAH BINTI ZAINAL ABDIN
    SITI ROHAIDA BINTI ABDUL KARIM
    NUR ATIKA BINTI MOHAMAD KHAIRUN

    ReplyDelete
  7. Apa yang kami tahu Dajjal itu buta mata kanannya, seperti buah anggur yang terjojol
    keluar. Di antara dua matanya tertulis “Kafir” (kaf,fa,ra) yang boleh dibaca
    oleh setiap muslim, meskipun mereka yang buta huruf.
    Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
    • Dajjal memiliki kesempatan untuk menjelajah bumi selama 40 malam,
    sehari seperti setahun, sehari di antaranya seperti sebulan, sehari di
    antaranya seperti seminggu, dan hari-hari berikutnya sebagaimana hari-hari sekarang ini.
    • Dajjal mempunyai seekor keldai sebagai tunggangannya. Jarak antara
    kedua-dua telinga keldai itu adalah 40 hasta. Dajjal turut membawa beberapa gugusan roti.
    • Dajjal akan berkata,” Aku adalah Tuhanmu,” padahal sebelah matanya
    buta dan terdapat tulisan ‘kafir’ di antara kedua matanya.
    • Dajjal membawa 2 buah telaga. Sebuah telaga disebutnya sebagai syurga
    dan satu lagi sebagai neraka. Orang yang dimasukkan ke dalam ’syurga’ itu ternyata
    adalah neraka, sementara orang yang dimasukkan ke dalam ‘neraka’ itu ternyata adalah syurga.
    • Para syaitan diutuskan bersamanya untuk berbicara kepada manusia.
    Dia membawa satu fitnah yang amat besar.
    • Pada pandangan mata manusia, dajjal boleh memerintahkan langit
    supaya menurunkan hujan serta boleh menghidupkan kembali seseorang manusia
    yang telah dibunuhnya. Lalu, akan diserunya,”Apakah selain Tuhan dapat melakukan perkara seperti ini?”
    • Maka, orang-orang Islam akan berlarian menuju ke gunung Dukhan di Syam,
    tetapi sempat dihadang oleh Dajjal.
    • Setelah itu, turunlah Isa putera Maryam. Ketika Isa putera Maryam yang
    turut serta bersama mereka selesai menunaikan solat Subuh, mereka pun keluar menghadapi Dajjal.
    • Lalu, ketika Dajjal melihat Isa, si pendusta itu meleleh seperti garam
    yang mencair di dalam air. Isa berjalan ke arahnya dan membunuhnya,
    hingga pepohonan dan batu-batuan berseru,”Wahai Ruhullah, ini ada orang Yahudi.”
    Maka beliau pun membunuh setiap orang yang menjadi pengikut Dajjal.

    rujukan:armadrafar.wordpress.com

    -Shafiqah Akidah bt Saha (080652) DUUS4C
    -Nur sakinah bt Merikan(080649) DUUS 4C
    -HAzwani bt Yusuff (080717) DUUS 4A

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum ...
    Pada pendapat kami tentang dajal boleh dilihat dari beberapa pendapat mengapa disebut dajjal. Antara lainnya ialah ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan, ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar, ia menutupi manusia dengan kekafiran, ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi, ia menutupi dunia dengan barang dagangannya, dan ia digelar dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya (yakni menutupi maksud yang sebenar dengan kata-kata palsu).Dajjal itu cacat matanya, dimana di antara dua mata Dajjal itu tertulis kafir, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. Dajjal juga akan mengaku dirinya sebagai nabi pada kemunculannya nanti.
    Diantara tipu daya Dajjal kepada manusia adalah dia boleh menghidupkan ibu atau ayah kita yang telah lama meninggal dunia dan sekiranya ia adalah benar Dajjal menyuruh manusia mengaku dirinya sebagai Tuhan.

    Selain itu kisah Dajjal tidak diceritakan didalam al-qur’an tetapi kisah Dajjal banyak disebutkan di dalam hadis-hadis Rasul. Banyaknya hadis yang mengenai Dajjal itu menjadikan hadis-hadis itu bertaraf mutawatir (sah atau benar).Kita juga boleh takrifkan perkataan Dajal berasal dari kata dajala, ertinya menutupi(sesuatu). selain itu, ia disebut dajal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.

    Mohamad Fadhlan Bin Mohd Ghazali(080509)
    Muhd Norhasliq Bin Ramle(080341)
    Nurul Huda Bt Ishak(080525)
    Nor Syuhaidah Bt Abu Bakar(080581)
    Siti Nur Syakirah Bt Mohd Salleh(080635)

    ReplyDelete
  9. Apa yang dapat difahami mengenai dajjal ialah :

    Secara amnya maksud Dajjal itu yang menutup Kebenaran (Al-Haq), yakni dari perilaku Syaitan yang membawa Asmak Ya Mudhil - Yang Menyesatkan.. Sebab itu ianya dilambangkan bermata satu. Maksud mata satu itu, adalah yang hanya celek mata zahirnya sahaja, sedangkan mata batinnya buta. Maka serupalah maksudnya orang yang bertopengkan nafsu serakah, keegoan, pentingkan keduniaan semata-mata. Barangsiapa telah celek kedua matanya, maka Insya’Allah akan terlepaslah ia dari hasutan dan pengaruh Dajjal al-Masikh.

    Maka Isa Al-Masih adalah satu watak yang berlawanan. Nabi Isa AS terkenal dengan gelaran Ruhul Quddus. Beliau membawa Asmak Al-Hadi yakni Penunjuk KeJalan Kebenaran. Dialah yang dipercayai akan turun membantu Imam Mahdi (The Light Being), menghapuskan Dajjal, Yakjut dan Makjut, serta mengambalikan Ke”Adil”an dan kemakmuran sejagat, sebagaimana dizaman kegemilangan Islam dibawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

    Dajjal telah hidup berabad2 lamanya...lebih awal dari Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Segalanya bermula di sebuah Negeri Samirah. Negeri yang kecil di Palestin. Dajjal dilahirkan dari keturunan Yahudza. Selama 31 tahun ibubapanya berkahwin akhirnya penantian mereka berakhir. Dajjal dilahirkan setelah sekian lama mereka meminta. Tetapi...mereka bukan meminta dari Allah tapi melalui berhala.

    Keluarga Dajjal adalah penyembah berhala yang mirip lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung tetapi syaitan laknat yang menyerupainya. Yang cuba menyesatkan manusia.

    Mereka memang mengamalkan hidup yang kufur! syirik! menyembah berhala, bagi makan dan minum pada berhala. Untuk pengatahuan rakan2 Kedua ibubapa Dajjal sendiri lahir dari hubungan zina dan jugak zina sesama mahram jadi memang lengkap lah biodata si Dajjal ini yang menjadi musuh islam tegar!

    Demi menginginkan anak lelaki, kedua pasangan ini (ibubapa Dajjal) bersungguh menyembah berhala. Lembu betina yang gemuk dijadikan korban untuk berhala atas permintaan berhala itu (Syaitan menyerupai bahala) Syaitan benar2 sudah mempengaruhi hidup mereka. Cekap sunggun si syaitan durjana memanipulasi kedua suami isteri yang dungu ini. Maka dengan izin Allah lahirlah si Dajjal.


    Riwayat di atas sejalan dengan sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengenai keluarga Dajjal : -

    "Ayahnya tinggi, gemuk, dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya fardha-khiyyah, yakni banyak dagingnya dan gemuk badannya. Kedua tangannya panjang, dan kedua teteknya pun besar." (diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya).

    ReplyDelete
  10. Jawapan di atas drp :
    NIK HERMISWATY MOHD ZAKRI 080303 DUUS 4B
    SITI NORSHAHILA ABD AZIZ 080290 DUUS 4C
    sumber rujukan :google.com.

    ReplyDelete
  11. Kisah Dajjal tidak diceritakan didalam al-qur’an tetapi kisah Dajjal banyak disebutkan di dalam hadis-hadis Rasul. Banyaknya hadis yang mengenai Dajjal itu menjadikan hadis-hadis itu bertaraf mutawatir (sah atau benar). Para ulama dulu mentafsirkan hadis-hadis mengenai Dajjal dan sifat-sifat mereka dengan tafsiran harfi atau pengertian lahir sahaja.
    Misalnya,dajjal disifatkan mempunyai sebelah mata sahaja, iaitu di sebelah kiri. Dajjal ialah suatu makhluk yang besar dan tinggi hingga lautan yang dalam itu hanya di paras buku lalinya sahaja, Dajjal boleh memberi syurga kepada sesiapa yang mematuhi suruhannya hingga akhirnya dia dianggap sebagai Tuhan.
    Hanya Allah yang mengetahui saat lahir atau timbulnya Dajjal. Kelahirannya merupakan alamat kiamat yang hampir terjadi. Tidak ada fitnah yang paling hebat pernah dikenali manusia kecuali dengan timbulnya Dajjal. Dajjal maksudnya Kazzab iaitu pembohong atau pendusta. Ia dipanggil Dajjal kerana pembohongan serta pendustaannya.
    Dajjal berusaha siang dan malam menjadikan kebenaran sebagai kebatilan serta menukar wajah kebatilan itu sebagai kebenaran. Ramai manusia yang tertipu dengannya kecuali manusia yang benar-benar ikhlas keimanan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.

    MUHAMMAD ISKHANDAR BIN ABDUL AZIZ
    080528
    DUUS 4A

    ReplyDelete
  12. dajal boleh dilihat dari beberapa pendapat mengapa disebut dajjal. Antara lainnya ialah ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan, ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar, ia menutupi manusia dengan kekafiran, ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi, ia menutupi dunia dengan barang dagangannya, dan ia digelar dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya (yakni menutupi maksud yang sebenar dengan kata-kata palsu).Dajjal itu cacat matanya, dimana di antara dua mata Dajjal itu tertulis kafir, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. Dajjal juga akan mengaku dirinya sebagai nabi pada kemunculannya nanti.
    Diantara tipu daya Dajjal kepada manusia adalah dia boleh menghidupkan ibu atau ayah kita yang telah lama meninggal dunia dan sekiranya ia adalah benar Dajjal menyuruh manusia mengaku dirinya sebagai Tuhan.

    Selain itu kisah Dajjal tidak diceritakan didalam al-qur’an tetapi kisah Dajjal banyak disebutkan di dalam hadis-hadis Rasul. Banyaknya hadis yang mengenai Dajjal itu menjadikan hadis-hadis itu bertaraf mutawatir (sah atau benar).Kita juga boleh takrifkan perkataan Dajal berasal dari kata dajala, ertinya menutupi(sesuatu). selain itu, ia disebut dajal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.

    MUHAMMAD SUHAIMI BIN ABDUL RAHMAN-080596
    MUHAMMAD AMMAR AL-HUSAINI BIN RAHIMIN-080727
    DUUS 4A

    ReplyDelete
  13. Perkataan Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya menutup (sesuatu). Ada beberapa pendapat mengapa disebut dajjal. Antara lainnya ialah:


    i) ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan


    ii) ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar


    iii) ia menutupi manusia dengan kekafiran


    iv) ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi


    v) ia menutupi dunia dengan barang dagangannya


    vi) ia digelar dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya (yakni menutupi maksud yang sebenar dengan kata-kata palsu).

    Penulis buku ini mengatakan, perkataan Ya'juj dan Ma'juj berasal dari kata ajij yang bererti nyala api. Ya'juj Ma'juj dibaratkan oleh penulis buku ini sebagai api menyala dan air bergelumang kerana hebatnya.

    Rasulullah saw pernah mengatakan sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari suurat al Kahfi dapat melindungi diri kita dari fitnah Dajjal.
    selain itu dajjal ialah “Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

    “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.


    mohd quayyum bin ibrahim 080323 dpik 4a

    ReplyDelete
  14. perkataan Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya menutup (sesuatu). Ada beberapa pendapat mengapa disebut dajjal. Antara lainnya ialah:
    1 ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan

    2 ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar

    3 ia menutupi manusia dengan kekafiran

    4 ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi

    5 ia menutupi dunia dengan barang dagangannya

    6 ia digelar dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya (yakni menutupi maksud yang sebenar dengan kata-kata palsu).

    Selain itu kisah Dajjal tidak diceritakan didalam al-qur’an tetapi kisah Dajjal banyak disebutkan di dalam hadis-hadis Rasul. Banyaknya hadis yang mengenai Dajjal itu menjadikan hadis-hadis itu bertaraf mutawatir (sah atau benar).Kita juga boleh takrifkan perkataan Dajal berasal dari kata dajala, ertinya menutupi(sesuatu). selain itu, ia disebut dajal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.


    “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

    ReplyDelete
  15. perkataan Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya menutup (sesuatu). Ada beberapa pendapat mengapa disebut dajjal. Antara lainnya ialah:
    1 ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan

    2 ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar

    3 ia menutupi manusia dengan kekafiran

    4 ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi

    5 ia menutupi dunia dengan barang dagangannya

    6 ia digelar dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya (yakni menutupi maksud yang sebenar dengan kata-kata palsu).

    Selain itu kisah Dajjal tidak diceritakan didalam al-qur’an tetapi kisah Dajjal banyak disebutkan di dalam hadis-hadis Rasul. Banyaknya hadis yang mengenai Dajjal itu menjadikan hadis-hadis itu bertaraf mutawatir (sah atau benar).Kita juga boleh takrifkan perkataan Dajal berasal dari kata dajala, ertinya menutupi(sesuatu). selain itu, ia disebut dajal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.


    “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

    ahmad aizuddin b adam dpik 4a

    ReplyDelete
  16. dajal boleh dilihat dari beberapa pendapat mengapa disebut dajjal. Antara lainnya ialah ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan, ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar, ia menutupi manusia dengan kekafiran, ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi, ia menutupi dunia dengan barang dagangannya, dan ia digelar dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya (yakni menutupi maksud yang sebenar dengan kata-kata palsu).Dajjal itu cacat matanya, dimana di antara dua mata Dajjal itu tertulis kafir, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. Dajjal juga akan mengaku dirinya sebagai nabi pada kemunculannya nanti.
    Diantara tipu daya Dajjal kepada manusia adalah dia boleh menghidupkan ibu atau ayah kita yang telah lama meninggal dunia dan sekiranya ia adalah benar Dajjal menyuruh manusia mengaku dirinya sebagai Tuhan.

    Selain itu kisah Dajjal tidak diceritakan didalam al-qur’an tetapi kisah Dajjal banyak disebutkan di dalam hadis-hadis Rasul. Banyaknya hadis yang mengenai Dajjal itu menjadikan hadis-hadis itu bertaraf mutawatir (sah atau benar).Kita juga boleh takrifkan perkataan Dajal berasal dari kata dajala, ertinya menutupi(sesuatu). selain itu, ia disebut dajal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.

    izah afiqah bte azalan dpik 4c

    ReplyDelete