Monday, January 18, 2010

Siapakah yang membunuh Saidina Othman a.s?.

Nyatakan rujukan sebagai bukti jwpan kamu.

18 comments:

  1. wafat pada 18 zulhijjah 23 hijrah, pada usia 82 tahun,beliau dibunuh ditetak di belakang ketika sedang membaca al-quran kerana isu pentadbiran tanah di iraq.di bunuh oleh pemberontak kerana ketidakpuashati kerana isu tersebut.
    (http://.www.scribd.com/doc/16985114/TAMADUN-T4)
    (nor atiqah abdullah,nur syahida vianish,jamilah sazali, amal farhani wahid_dpik4b)

    ReplyDelete
  2. salam.
    Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.
    Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani

    Saidina othman telah dibunuh oleh Saidina Uthman ra telah mati dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya pada tahun 35 Hijrah, bersamaan dengan tahun 656 Masihi. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.
    Daripada: -Norazilah Bt saiful bahri-080475
    -Nur'Amirah bt Mazlan-080616
    -Diploma Kaunseling 4B

    ReplyDelete
  3. pembetulan dari ayt di ats:
    saidina Saidina Uthman ra telah mati dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya pada tahun 35 Hijrah, bersamaan dengan tahun 656 Masihi. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.
    Daripada: -Norazilah Bt saiful bahri-080475
    -Nur'Amirah bt Mazlan-080616
    diploma kaunseling 4B

    ReplyDelete
  4. RUJUKAN KAMI daripada buku rujukan fajar bakti pendidikan islam tingkatan 5.Daripada: -Norazilah Bt saiful bahri-080475
    -Nur'Amirah bt Mazlan-080616
    diploma kaunseling 4B

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum ustaz..Mengikut pembacaan kami,begini kisahnya..

    Uthman r.a sangat bersabar dengan tuduhan keatas dirinya demi mengelak perpecahan kaum Muslimin walaupun dirinya menjadi taruhan untuk dikorbankan, kelembutan dan kesantunannya menyebabkan pengkhianat dan musuh agama mengambil kesempatan mencetus dan menimbulkan kekacauan demi menjahanamkan Islam. Beliau sangat terkenal dengan sifat pemalunya sehinggakan para malaikat turut berasa malu dengannya, sabda nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Aishah:

    “ adakah patut aku tidak berasa malu dengan lelaki yang para malaikat juga malu dengannya?”( Sahih Muslim)

    Para sahabat mempertahankan kebenaran Uthman sehingga saatnya ingin dibunuh, sehingga disaat itu juga beliau berusaha untuk mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama muslim, rela dirinya dibunuh, ditegah sekalian sahabat yang cuba membela dan mempertahankannya, diarahkan para sahabat, antaranya Ibn al-Zubair, Hasan ibn Ali, Abu Hurairah untuk kembali ke rumah masing-masing, darahnya sanggup ditumpahkan demi menyelamatkan kesatuan ummah

    Zaid bin Tsabit datang menemui Saidina Uthman : “ sesungguhnya mereka golongan Ansar berada di hadapan pintu rumahmu,” mereka berkata, jika engkau hendak ( kami mempertahankan engkau ),sesungguhnya kami adalah Ansarullah!” namun Uthman menolaknya, katanya, “ aku tidak berhajatkan semua itu, cukuplah.(tahanlah diri kalian daripada menghunuskan pedang peperangan).”(riwayat Ibn ‘Asakir)

    Ketika harinya dibunuh, beliau seakan telah mengetahuinya, beliau memakai seluar pada hari tersebut, bimbang terbuka auratnya, benar beliau seorang yang sangat pemalu, sedang beliau tidak pernah memakainya ketika jahiliyyah mahupun era Islam. Beliau juga bermimpi berbuka puasa bersama baginda s.a.w, Umar al-Khatab dan Abu Bakar al-Siddiq di dalam syurga. (riwayat Ahmad dalam Musnadnya).

    Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka mengepung rumah khalifah selama hampir sebulan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing setelah diperintahkan oleh ‘Uthman, pintu rumahnya di bakar, diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh!

    “Aku tidak akan menanggalkan pakaian( jawatan khalifah) yang telah Allah pakaikan kepadaku! Aku akan terus berada dikedudukanku sekarang sehingga Allah memuliakan ahli sa’adah (orang yang dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina ahli syaqa’( orang yang dijanjikan kecelakaan oleh Allah ). ” demikian kata Uthman sebagaimana yang diriwayatkan didalam tarikh al-Tabari ketika diugut meletakkan jawatan khalifah kaum muslimin.

    Akhirnya beliau dibunuh, ditetak perutnya..mengalir darah syahid.. menitis darah di mushaf yang berada ditangannya,isterinya Na‘ilah, yang cuba mempertahankan suami tercinta, putus tangannya ditetak pemberontak laknatullah. Kedua-dua pihak gembira dan berbahagia dengan peristiwa ini, berbahagialah Uthman menemui tuhannya sebagai syahid,berbuka puasa bersama Baginda s.a.w didalam syurga, sedang munafiq bergembira dengan kejayaan perancangan mereka menjatuhkan khalifah, nantikanlah kalian azab Allah yang membakar di akhirat kelak.
    Saidina Uthman telah wafat pada pada akhir tahun ke 35 Hijrah pada usia 82 tahun.Sesungguhnya ABDULLAH BIN SABA’ lah yang paling gembira atas kewafatan saidina Uthman kerana berjaya dalam usahanya membuat fitnah, menghasut dan menyemarakkan api pemberontakan..Wallahuallam...

    Rujukan : http://persatuan-pmms.blogspot.com (Ahmad Sabiq bin Abd Rahman)
    & Siapa Ahli Sunnah Wal Jamaah (Penyusun : Umar Hasyim)

    Daripada Student DPIK 4B,
    Nasariah Bt Jamian (080421)
    Fatimah Bt Hashim (080248)
    Siti Farahia Bt Muhd Jamil (080464)
    Siti Nur Ain Bt Mahadi (070663)

    ReplyDelete
  7. Saidina Usman r.a;
    Nama penuh beliau ialah Usman b. Affan b. Abu Al-As b. Umayyah b. Abdul Syams b. Abd Manaf, berbangsa Quraisy dari kabilah Umayyah. Beliau merupakan khalifah Islam ke-3 selepas Rasulullah S.A.W. Dilahirkan di Taif pada 576M. Nama panggilannya adalah Abu Abdullah sempena nama anaknya hasil perkahwinannya dengan puteri Rasulullah iaitu Ruqayah. Beliau juga dikenali sebagai ‘Zu An- Nuurain’ yang beerti memiliki dua cahaya kerana mengahwini dua orang puteri nabi yakni Ruqayah dan Ummu Kalsum. Beliau memiliki 16 orang anak dan 9 daripadanya lelaki dan 7 orang perempuan beliau mempunyai 9 orang isteri. Beliau merupakan seorang yang sangat pemalu dan tinggi martabatnya disisi kaumnya. Beliau juga merupakan antara pengikut yang terawal memeluk agama Islam dan beliau juga adalah merupakan salah seorang daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga. Beliau juga lah yang merupakan utusan nabi s.a.w yang pergi berjumpa dengan Abu Sufyan untuk menyampaikan surat dari nabi. Beliau telah dibunuh pada hari Jumaat 18 Zulhijjah 35 Hijrah selepas Asar. Beliau berpuasa dan bermimpi berbuka bersama Nabi s.a.w 11 tahun 11 bulan 22 hari selepas hari pembunuhan Saidina Umar r.a (pendapat Ibn Ishaq). Wafat pada umur 82 tahun dibunuh oleh orang yahudi (pemberontak) dengan menggunakan pedang yang tajam sehingga darahnya memancar pada ‘kitabullah’ Al-Quran yang terbuka di mukanya.

    Sumber; website; http://rajawalibiru.wordpress.com
    Buku; 10 sahabat dijamin ahli syurga, Muhd Ali Al-Quthub, terbitan CV Toha Putra Smarang dan keperibadian Khalifah Rasulullah, Khalid Muhammad Khalid, terbitan Pustaka Al-Azhar Kuala Lumpur

    dari;
    siti rohaida bt abdul karim
    (duus 4A)

    ReplyDelete
  8. Usman bin Affan (576M-656M)
    LATAR BELAKANG:
    Nama penuh: Usman bin Affan bin Abu Al-As bin Umayyah bin Abd Syams bin Abd Manaf
    Bangsa: Quraisy dari kabilah Umayyah
    Keturunan: keturunannya bertemu dengan Nabi SAW pada moyangnya Abd Manaf
    Tempat lahir: Taif
    Tarikh lahir: enam tahun selepas peristiwa Gajah @ Pendapat paling sahih ialah pada 576M.
    Gelaran:
    o “Zu An-Nuurain” yang bererti “ Yang memiliki dua cahaya “, kerana mengahwini dua puteri Nabi SAW, Ruqayyah dan Ummu Kulsum.
    o Abu Abdullah sempena nama anaknya Abdullah (tetapi anaknya meninggal ketika berumur 6 tahun pada 4H)
    Isteri: Ruqayyah dan Ummu Kulsum (puteri Rasulullah s.a.w)
    Anak-anak dan isterinya: Beliau memiliki 16 orang anak, 9 daripadanya lelaki, dan bakinya anak perempuan, isterinya 9 orang.
    SIFAT PERIBADI:
    Seorang yang sangat pemalu dan tinggi martabat di sisi kaumnya.
    merupakan salah seorang pengikut yang terawal memeluk Islam [memeluk Islam melalui Saidina Abu Bakar r.a.]
    Beliau merupakan salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga.
    Tidak menyertai Perang Badar kerana isterinya sakit, dan akhirnya isteri beliau meninggal, tetapi beliau disamakan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Ahli Badar.
    SUMBANGAN:
    Seorang dermawan, yang mana beliau mendermakan hartanya untuk Jaish Al-Usrah.
    Beliau menafkahkan hartanya sebanyak 1/3 dari kegunaan tentera Jaish Al-Usrah iaitu sebanyak 950 unta dan 50 ekor kuda.
    Beliau menjadi utusan Nabi SAW kepada kaum musyrikin di Mekkah. Beliau dihantar sebagai wakil muslimin untuk ke Mekkah berunding dengan Abu Sufyan.
    Beliau membesarkan Masjid Nabawi pada 29H.
    Beliau membesarkan Masjid Nabawi sebanyak 160 hasta panjang dan 150 hasta lebar.
    Beliau memerintahkan agar gerakan penyalinan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. untuk menyalin kembali Al-Quran dan membuatnya dalam 6 salinan untuk dihantar ke daerah jajahan tertentu sebagai rujukan dan diarahkan dibakar semua suhuf yang ada melainkan 6 salinan tadi.
    Mushaf yang dihantar:
     Dihantar ke Syam
     Dihantar ke Basrah
     Dihantar ke Kufah
     Dihantar ke Mekah
     Dihantar ke Madinah
     Disimpan sendiri dan dinamakan Mushaf Al-Imam.

    PEMBUNUHAN
    Menurut pendapat Ibnu Ishaq beliau dibunuh pada Hari Jumaat 18 Zul Hijjah 35 H selepas Asar oleh pemberontak-pemberontak (YAHUDI). Dimana beliau berpuasa dan bermimpi berbuka bersama Nabi SAW iaitu, 11 tahun 11 bulan 22 hari dari hari pembunuhan Saidina Umar r.a.
    Sejarah saidina Usman r.a. ini diambil dari buku Tamadun Islam oleh Mahayudin Hj Yahya.



    oleh:
    nur atika binti mohamad khairun
    nur syafiqah binti zainal abdin
    Duus 4a

    ReplyDelete
  9. Pembunuh Saidina Uthman a.s ialah mereka yang erdiri daripada kalangan sahabat dan tabi'in iaitu:

    a)Muhammad b. Khalifah Abu Bakr
    b)Rifa'ah b Rafi'
    c)al-Hajjaj b Ghaznah
    d)'Abdu' r-Rahman b Khasl al-Jamhi
    e)Kinanah b Basyir al-Nakhbi
    f)Sanadan b Hamran al-Muradi
    g)Busrah b Raham
    h)Muhammad b Abi Hudaifah
    i)Ibnu 'Uyainah
    j)'Umru b al-Hamq al-Khaza'i

    rujukan buku: Konsep imamah dan khilafah serta implikasinya menurut ahlu's -sunnah waljamaah oleh profesor madya Dr. Lutpi Ibrahim

    -Hazwani Bt Yusuff (080717) DUUS 4A
    -Shafiqah Akidah Bt Saha (080652) DUUS 4C
    -Nur Sakinah Bt Merikan (080649) DUUS 4C

    ReplyDelete
  10. golongan yang membunuh saidina usman ialah golongan pemberontak yg mengepung rumahnya pada tahun 35 hijrah bersamaan dgn tahun 656 masihi.
    rujukan daripada utm.my/iskamiccenter
    Nurul huda bt ishak 080525 duus4b
    Nor syuhaidah bt abu bakar 080581 duus4c
    Siti nur syakirah bt mohd salleh 080635 duus4c
    Mohamad fadhlan bin ghazali 080509 duus4b
    Muhd hasliq bin ramle 080341 duus4b

    ReplyDelete
  11. Saidina Uthman Bin Affan telah dibunuh oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah Bin Saba'.Para sahabat pernah mencadangkan agar kaum munafik dibunuh,tetapi Saidina Uthman telah melarang kerana mengikut langkah nabi yang melarang membunuh kaum munafik kerana dikhuatiri menuduh umat Islam kerana membunuh rakan mereka sendiri.Mereka telah mengepung rumah Saidina Uthman selama 22 hari.Beliau telah dibunuh pada hari terakhir Zulhijah,pada hari Jumaat,dalam keadaan beliau berpuasa oleh beberapa orang pemberontak yang merempuh masuk rumahnya.

    Rujukan : google

    Aiza binti Mohd Alias(080414)
    Nurul Nadiha binti Zahari(080772)
    Nur Hamizah binti Samsudin(080729)
    Nur Ainin Syakireen binti Zainol Abidin(080373)
    Noorazila binti Aziz(080396)
    Nurul Ashikin binti Rahmat(080763)
    Siti Nur Liyana binti Wahab(080195)

    ReplyDelete
  12. sipakah yang membunuh Saidina Uthman r.a?
    Uthman bin ‘Affan ra. telah di bunuh akibat fitnah dan rancangan jahat yang dilakukan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’. Para sahabat pernah mencadangkan agar kaum munafik ini di bunuh, akan tetapi Uthman ra. melarang kerana mengikuti langkah Nabi saw yang melarang membunuh kaum munafik kerana di khuatiri musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh rakan mereka sendiri.

    rukukan: soaljawab agama.com
    Norhamiza Hamdan (080328) duus 4a

    ReplyDelete
  13. Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.
    Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani

    Saidina othman telah dibunuh oleh Saidina Uthman ra telah mati dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya pada tahun 35 Hijrah, bersamaan dengan tahun 656 Masihi. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.



    Pembunuh Saidina Uthman a.s ialah mereka yang erdiri daripada kalangan sahabat dan tabi'in iaitu:

    a)Muhammad b. Khalifah Abu Bakr
    b)Rifa'ah b Rafi'
    c)al-Hajjaj b Ghaznah
    d)'Abdu' r-Rahman b Khasl al-Jamhi
    e)Kinanah b Basyir al-Nakhbi
    f)Sanadan b Hamran al-Muradi
    g)Busrah b Raham
    h)Muhammad b Abi Hudaifah
    i)Ibnu 'Uyainah
    j)'Umru b al-Hamq al-Khaza'i


    muhammad qidran bin abdul manap 080588(duus 4B)
    muhammad syafiq bin saleh 080453 (duus 4a)

    ReplyDelete
  14. Pembunuh Saidina Uthman a.s ialah mereka yang erdiri daripada kalangan sahabat dan tabi'in iaitu:

    a)Muhammad b. Khalifah Abu Bakr
    b)Rifa'ah b Rafi'
    c)al-Hajjaj b Ghaznah
    d)'Abdu' r-Rahman b Khasl al-Jamhi
    e)Kinanah b Basyir al-Nakhbi
    f)Sanadan b Hamran al-Muradi
    g)Busrah b Raham
    h)Muhammad b Abi Hudaifah
    i)Ibnu 'Uyainah
    j)'Umru b al-Hamq al-Khaza'i

    MUHAMMAD SYAFIQ MOHD NASER 080690 DUUS 4A

    ReplyDelete
  15. Uthman bin ‘Affan ra. telah di bunuh akibat fitnah dan rancangan jahat yang dilakukan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’. Para sahabat pernah mencadangkan agar kaum munafik ini di bunuh, akan tetapi Uthman ra. melarang kerana mengikuti langkah Nabi saw yang melarang membunuh kaum munafik kerana di khuatiri musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh rakan mereka sendiri.

    MUHAMMAD ISKHANDAR BIN ABDUL AZIZ-080528
    MUHAMMAD SUHAIMI BIN ABDUL RAHMAN-080596
    MUHAMMAD AMMAR AL-HUSAINI BIN RAHIMIN-080727
    DUUS 4A

    ReplyDelete
  16. Uthman r.a sangat bersabar dengan tuduhan keatas dirinya demi mengelak perpecahan kaum Muslimin walaupun dirinya menjadi taruhan untuk dikorbankan, kelembutan dan kesantunannya menyebabkan pengkhianat dan musuh agama mengambil kesempatan mencetus dan menimbulkan kekacauan demi menjahanamkan Islam. Beliau sangat terkenal dengan sifat pemalunya sehinggakan para malaikat turut berasa malu dengannya, sabda nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Aishah:

    “ adakah patut aku tidak berasa malu dengan lelaki yang para malaikat juga malu dengannya?”( Sahih Muslim)

    Para sahabat mempertahankan kebenaran Uthman sehingga saatnya ingin dibunuh, sehingga disaat itu juga beliau berusaha untuk mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama muslim, rela dirinya dibunuh, ditegah sekalian sahabat yang cuba membela dan mempertahankannya, diarahkan para sahabat, antaranya Ibn al-Zubair, Hasan ibn Ali, Abu Hurairah untuk kembali ke rumah masing-masing, darahnya sanggup ditumpahkan demi menyelamatkan kesatuan ummah

    Zaid bin Tsabit datang menemui Saidina Uthman : “ sesungguhnya mereka golongan Ansar berada di hadapan pintu rumahmu,” mereka berkata, jika engkau hendak ( kami mempertahankan engkau ),sesungguhnya kami adalah Ansarullah!” namun Uthman menolaknya, katanya, “ aku tidak berhajatkan semua itu, cukuplah.(tahanlah diri kalian daripada menghunuskan pedang peperangan).”(riwayat Ibn ‘Asakir)

    Ketika harinya dibunuh, beliau seakan telah mengetahuinya, beliau memakai seluar pada hari tersebut, bimbang terbuka auratnya, benar beliau seorang yang sangat pemalu, sedang beliau tidak pernah memakainya ketika jahiliyyah mahupun era Islam. Beliau juga bermimpi berbuka puasa bersama baginda s.a.w, Umar al-Khatab dan Abu Bakar al-Siddiq di dalam syurga. (riwayat Ahmad dalam Musnadnya).

    Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka mengepung rumah khalifah selama hampir sebulan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing setelah diperintahkan oleh ‘Uthman, pintu rumahnya di bakar, diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh!

    “Aku tidak akan menanggalkan pakaian( jawatan khalifah) yang telah Allah pakaikan kepadaku! Aku akan terus berada dikedudukanku sekarang sehingga Allah memuliakan ahli sa’adah (orang yang dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina ahli syaqa’( orang yang dijanjikan kecelakaan oleh Allah ). ” demikian kata Uthman sebagaimana yang diriwayatkan didalam tarikh al-Tabari ketika diugut meletakkan jawatan khalifah kaum muslimin.

    Akhirnya beliau dibunuh, ditetak perutnya..mengalir darah syahid.. menitis darah di mushaf yang berada ditangannya,isterinya Na‘ilah, yang cuba mempertahankan suami tercinta, putus tangannya ditetak pemberontak laknatullah. Kedua-dua pihak gembira dan berbahagia dengan peristiwa ini, berbahagialah Uthman menemui tuhannya sebagai syahid,berbuka puasa bersama Baginda s.a.w didalam syurga, sedang munafiq bergembira dengan kejayaan perancangan mereka menjatuhkan khalifah, nantikanlah kalian azab Allah yang membakar di akhirat kelak.
    Saidina Uthman telah wafat pada pada akhir tahun ke 35 Hijrah pada usia 82 tahun.Sesungguhnya ABDULLAH BIN SABA’ lah yang paling gembira atas kewafatan saidina Uthman kerana berjaya dalam usahanya membuat fitnah, menghasut dan menyemarakkan api pemberontakan..Wallahuallam...


    mohd quayyum bin ibrahim 080323 dpik 4a

    ReplyDelete
  17. tidak mungkin anak saiyiduna Abu Bakar turut terlibat dalam pembunuh Saiyiduna Osman...ini macam fakta Syiah...?

    ReplyDelete
  18. tidak mungkin anak saiyiduna Abu Bakar turut terlibat dalam pembunuh Saiyiduna Osman...ini macam fakta Syiah...?

    ReplyDelete