Wednesday, January 20, 2010

Apakah yang anda tahu tentang Yakjud dan Makjud??.

20 comments:

  1. (“Wahai Isa) Sesungguhnya akau telah melepaskan hamba-hambaku yang sangat ganas yang tidak ada siapa yang dapat melawanya. Oleh itu cepat-cepatlah engkau selamatkan hamba-hambaKu yang ada bersamamu ke arah bukit “Thor” – Rirawat Muslim.
    Yakjud dan Makjud adalah nama bagi suatu bangsa manusia. Mereka adalah juga dari keturunan Nabi Adam as. dari keturunan Yafust Bin Nuh as. Apa yang disebut tentang sifat dan perwatakan mereka yang menggambarkan mereka seakan-akan bukan manusia hanyalah dari berita Israeliyat sahaja.

    Dari sebuah hadis marfu’ dan Abu Hurairah diceritan: Bahawa yakjud dan makjud tersebut setiap hari menggali rintangan yang menghalangi mereka, seketika mereka hampir dapat melihat cahaya matahari ( diberitakan cahaya subuh )maka yang paling atas di antara mereka berseru:” Pulanglah kita dahulu ( pekerjaan ini ) esok kita teruskan lagi kerana ada terdengar suatu suara yang menakutkan ( diberitakan suara azan subuh )Begitulah seterusnya mereka terus menggali dan terhenti ketika waktu subuh keran laungan azan.Hinggalah mereka berhasil keluar dengan izin Allah di akhir zaman seketika azan subuh sudah tidak di laungkan lagi ditempat penggalian mereka

    Walaupun kita tidak dapat mengetahui dengan pasti di manakah tempat tinggal mereka sekarang namun kita tetap percaya bahawa mereka itu ada dan peristiwa mereka akan keluar dari benteng tembaga yang dibuat oleh Iskandar Zul Qarnain adalah jelas disebut dalam Al Qur’an dan diceritakan dalam beberapa buah hadis Rasulullah saw.

    Jadi bangsa Yakjud dan Makjud ini akan keluar dari tempat tahanan mereka, iaitu apabila mereka berjaya menembusi dinding tembaga yang telah dibina oleh Zul Qarnain. Bangsa ini akan keluar membuat kerosakkan di atas muka bumi ini, seperti disebutkan dalam hadis, maksudnya
    “…lalu Allah swt melepaskan bangsa Yakjud dan makjud. Mereka kelihatan turun dari setiap tempat yang tinggi dengan segera membuat kerosakkan. Maka kumpulan yang pertama di kalangan mereka akan melalui tasik “Thabariyah” ( sebuah tasih di utara Palestine) lalu mereka minum keseluruhan air yang ada di situ, sehingga apabila kumpulan berikutnya datang ke tasik itu mereka berkata,” sesungguhnya sebelum ini di sini ada banyak air’. – H.R. Muslim

    Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa bangsa ini senag membuat kerosakan dan mereka adalah bangsa yang kuat minum dan tidak memperdulikan nasib kawan-kawan mereka, apakan lagi bangsa-bangsa lain. Tiada orang yang selamat dari keganasan mereka kecuali bila ia berada di benteng-benteng pertahan dan seumpamanya. Mereka berjalan dengan rasa angkuh dan kejam sehingga telah banyak negeri yang telah mereka rosakkan, lalu mereka berkata,
    “Kita telah selesai membunuh penghuni bumi,mari kita bunuh pula penghuni langit”.
    Lalu salah seorang dari mereka mengarahkan lembingnya ke langit dan menolaknya ke atas dengan sekuat-kuatnya. Apabila lembing itu jatuh ke bumi maka kelihatanlah mata lembing itu berdarah. Mereka menyangka mereka benar-benar telah membunuh penghuni langit, tetapi apa yang berlaku itu hanyalah ujian Allah swt terhadap mereka.
    Pada pandangan kami, yakjud dan makjud ini belum keluar lagi. Ada tanda-tanda besar lagi yang masih belum keluar seperti Imam Mahdi dan Nabi Isa as.Walaupun tanda akhir zaman telah kian banyak tetapi tanda ini belum ada lagi. Apa yang kita dapat simpulkan ialah bangsa yang ditemui oleh NASA itu adalah bangsa primitif Amerika yang menghuni torowong dan digelar Mole people.Kalau mereka adalah bangsa yakjud dan makjud sudah tentu mereka telah merosakkan bumi ini.

    =>NUR 'AMIRAH BT MAZLAN (080616),DPIK4B<=
    =>NORAZILAH BT SAIFUL BAHRI (080475),DPIK4B<=

    ReplyDelete
  2. Ya'juj Ma'juj yang difahami sebagai suatu gerombolan bangsa yang menakutkan memusnahkan seluruh kehidupan manusia.
    Perkataan Ya'juj Ma'juj berasal dari kata "Ajja" atau "Ajij" ertinya nyalaan api. Ya'juj Ma'juj pula dibaratkan sebagai api menyala dan air bergelumang hebatnya.
    Ya'juj Ma'juj dihuraikan dua kali dalam Al-Quran. yang pertama dihuraikan dalan Surah Al-Kahfi, sehubungan dengan huraian tentang gambaran Dajjal. Diakhir Surah Al-Kahfi, dihuraikan tentang perjalanan Raja Zulkarnain ke berbagai jurusan untuk menguatkan batas kerajannya.

    Ya'juj Ma'juj berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W. telah dikupas satu demi satu hadith-hadith yang akhirnya mendapat rumusan bahawa Ya'juj Ma'juj merupakan kaum Barat atau bangsa Eropah yang gigih menjajah dan menindas umat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini.

    sumber: Buku Kemunculan Dajjal dan Ya'juj Ma'juj, Maulana Muhammad Ali, Halaman 2,7,11


    ~DPIK 4B-Nurwardah Hani Md Zaini
    -Syahidah Fatiha Mohd Hassan
    -Nurul Suhadah Mohamat Atan
    -Nur Aslinda Abd Jalil

    ReplyDelete
  3. Berdepan dengan tafsiran yang pelbagai tentang Yakjuj dan Makjuj, Hamka telah merumuskan di dalam Tafsir Al-Azhar karangan beliau: "Dapatlah disimpulkan, Yakjuj dan Makjuj ialah dua nama yang bersatu padu untuk melaksanakan aktiviti kerosakan di muka bumi. Ia boleh diertikan sebagai isme dan ideologi sesat yang boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Yakjuj dan Makjuj bergerak laksana air, ia akan terus mencari ruang untuk masuk walaupun ruang itu sebesar lubang jarum. Justeru benteng di dalam bentuk pemikiran yang baik, cita-cita yang mulia serta ideologi yang sihat mesti sentiasa teguh di dalam diri seseorang.... Orang-orang Islam zaman sekarang terus berfikir dan pada hari ini terdapat satu tafsiran baru tentang Yakjuj dan Makjuj. Kalimat Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalimat Arab ajja dan taajjaja yang bermaksud "menyala, membakar dan menggelegak." Zaman sekarang, mengikut pendapat ini, adalah zaman Yakjuj dan Makjuj kerana kehidupan kita memerlukan api dan cahaya apatah lagi selepas meledaknya zaman industri. Akhirnya manusia berjaya mencipta senjata nuklear serta sinar radioaktif dan kesemua ini dapat membinasakan manusia dalam sekelip mata... Manusia akan terus berfikir dan mentafsirkan ayat mengikut suasana zaman mereka. Tafsiran-tafsiran ini dapat diterima dengan syarat ia tidak terbabas dari maksud asal ayat Al-Quran. Namun kesemua tafsiran ini adalah tafsiran manusia yang cuba memahami maksud ayat-ayat Allah."

    sumber : http://pekidabukitberuang.blogspot.com

    - DPIK 4C : Siti Norliza Salim
    - DPIK 4A : Ummi Atikah bte Said Khudri

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    seperti yang kita tahu,yakjuj dan makjuj adalah puak khazar,dan 98% bangsa yahudi. yahudi hari ini bukan yahudi sebenar,yahudi sebenar berkulit hitam, dan sama sekali berbeza dengan yahudi kita kenali hari ini.
    ketika kemunculan yakjuj dan makjuj,mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di palestin dan akan minum air tasik itu hingga kering.
    yakjuj dan makjuj dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akanmati sehingga melahirkan 1000 zuriat. tiada siapa mampumenewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah Swt. yakjuj dan makjuj muncul selepas turunnya Nbi Isa AS dan dajal.
    dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila zaman baginda, yakjuj dan makju dikatakan telah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk.
    "hadis riwayat imam ahmad pula,menerangkan ciri fizikal yakjuj dan makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan wajah penduduk asia tengah.
    yakjuj dan makjuj juga dikatakan muncul selepas kematian dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada siapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.menyoroti dalil kewujudan yakjuj dan makjuj, kita seharusnya yakin mempertahankan akidah islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah SWT

    -SUMBER:http://grenbara.bravejournal.com/entry/21068/

    (DA4)
    - nur hidayu binti mhd ab. raman
    -nur khairin bte abd aziz

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Ustaz..

    Dari keterangan al-Quran kita dapat tahu bahawa kisah tentang Yukjuj dan Makjuj ada kaitan dengan kisah Zulqarnain iaitu seorang raja yang berkuasa di wilayah besar dunia pada suatu masa dahulu. Menurut keterangan Hadis, ayat-ayat mengenai Zulqarnain itu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana ada seorang Yahudi dari Syria diutus oleh kaumnya untuk menemui Nabi bagi menguji kebenaran dakwaannya sebagai seorang Nabi dan Rasul. Utusan Yahudi itu datang menemui Nabi dan bertanya samada baginda ditaufikkan oleh Allah mengenai kisah Zulqarnain secara terperinci, kerana nama Zulqarnain itu juga disebut di dalam Taurat dan Injil tetapi tidak dijelaskan secara terperinci. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 83-98:
    83. Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, ‘Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.’
    84. Sesungguhnya Kami berikan kepadanya kuasa di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
    85. Lalu ia menurut jalan yang menyampaikan maksudnya.
    86. Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum. Kami berkata, ‘Wahai Zulqarnain! Kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka.’
    87. Ia berkata, ‘Adapun orang yang melakukan kezaliman, kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.’
    88. Adapun oarng yang beriman dan beramal soleh, maka baginya balasan baik; dan kami akan perintahkan kepaadanyaa perintah kami yang mudah.’
    89. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
    90. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada sesuatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka perlindungan daripadanya.
    91. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi segala yang ada padanya.
    92. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
    93. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
    94. Mereka berkata, ‘Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; Maka setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
    95. Ia menjawab, ‘Kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya lebih baik; oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.’
    96. ‘Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun berkata, ‘Tiuplah dengan alat-alatmu, ‘ sehingga apabila ia menjadi api berkatalah ia, ‘Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.’
    97. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
    98. Berkatalah ia, ‘Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuhanku, Ia akan menjadikannya hancur, dan janji Tuhanku itu benar.

    ReplyDelete
  6. SAMBUNGAN...

    Disini dapatlah kita simpulkan bahawa yakjuj dan makjuj adalah satu bangsa manusia yang tinggal di kawasan antara dua gunung dimana mereka sangat suka melakukan kerosakan, maksiat, kemungkaran, dan pembunuhan di atas muka bumi. Pembunuhan yang mereka lakukan tanpa belas kasihan.
    Kerosakan yang mereka lakukan tidak dapat kita bayangkan kesan dan kehancurannya. Kemungkaran dan maksiat yang mereka lakukan tanpa ada perasaan segan dan malu, terang-terangan di hadapan mata. Mereka merupakan bangsa yang mendokong kebatilan dan kejahatan di hias supaya kelihatan seperti kebenaran dan kebaikan, dan akan dituruti serta diikuti oleh mereka yang dangkal pemikiran serta cetek agamanya.
    Firman Allah lagi dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat 96 :
    “Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi”.
    Namun begitu,tembok yang dibina oleh Zulqarnain jaminannya hanya sementara kerana Allah menyatakan dalam al-qur’an bahawa tembok itu akan terbuka untuk mereka keluar dan melakukan lagi kerosakkan di muka bumi ini.
    Istilah Yakjuj wa Makjuj dalam Bible atau Injil disebut Gog dan Magog.Para ahli sejarah Eropah juga mempunyai pelbagai tafsiran tentang gog & magog.ada yang mengatakan bahawa bangsa Gog & Magog yang dimaksudkan ialah orang-orang eropah.Sebahagian Ulama’ dahulu menyatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj ialah ialah bangsa Rusia atau Monggol Tartar pada zaman dahulu kerana keganasan dan kerosakan yang mereka lakukan. Ada juga yang mengatakan bahawa yakjuj & makjuj adalah orang-orang Yahudi (Israel).Pengkaji-pengkaji juga seringkali mempunyai pendapat yang berbeza terutama sekali tentang Zulqarnain..Wallahuallam..
    Rujukan : Yakjuj Wa Makjuj:Dendam Amerika,Israel Terhadap Umat Islam (Susunan:Mustaffa Suhaimi)
    :Yakjuj & Makjuj: Bencana Di
    Sebalik Gunung
    (Penulis:Muhammad Alexander)
    :Jom Tanya Ustaz
    (Dr. Nik Yusri Musa)
    :Al-Qur’anul Karim & Terjemahan
    (Qur’an Darul Iman)
    Daripada Student DPIK 4B,
    Nasariah Bt Jamian (080421)
    Fatimah Bt Hashim (080248)
    Siti Farahia Bt Muhd Jamil (080464)
    Siti Nur Ain Bt Mahadi (070663)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ustaz...yang saya tahu tentang Yakjuj dan Makjuj ni kan ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka....ermm...satu hari nanti yakjuj dan makjuj ni akn muncul di depan manusia...dan bila makhluk ini muncul akan terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi...kewujudan 2 makhluk ini adalah sahih kerana ianya dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97....wallahualam...


    sumber:http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=2106.0

    Nurhafizah bte Ishak 080233 DW4

    ReplyDelete
  8. Segolongan umat Islam berpendapat Yakjuj dan Makjuj ialah golongan Tartar yang telah menyerang dan meruntuhkan kota Baghdad.... Namun Hamka kurang bersetuju dengan pendapat ini..... Segolongan yang lain berpendapat, Yakjuj dan Makjuj ialah keturunan Khazar yang pada asalnya tinggal menetap di kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Turki dan Rusia Selatan..

    Berdepan dengan tafsiran yang pelbagai tentang Yakjuj dan Makjuj, Hamka telah merumuskan di dalam Tafsir Al-Azhar: “Dapatlah disimpulkan, Yakjuj dan Makjuj ialah dua nama yang bersatu padu untuk melaksanakan aktiviti kerosakan di muka bumi. Ia boleh diertikan sebagai isme dan ideologi sesat yang boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Yakjuj dan Makjuj bergerak laksana air, ia akan terus mencari ruang untuk masuk walaupun ruang itu sebesar lubang jarum..... Kalimat Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalimat Arab ‘ajja’ dan ‘taajjaja’ yang bermaksud ‘menyala, membakar dan menggelegak’. Zaman sekarang, mengikut pendapat ini, adalah zaman Yakjuj dan Makjuj kerana kehidupan kita memerlukan api dan cahaya apatah lagi selepas meledaknya zaman industri. Akhirnya manusia berjaya mencipta senjata nuklear serta sinar radioaktif dan kesemua ini dapat membinasakan manusia dengan sekelip mata.."

    rujukan:Dr.Danial-Paradigma

    -Nur Sakinah Bt Merikan (080649) DUUS 4C
    -Shafiqah Akidah Bt Saha (080652) DUUS 4C
    -Hazwani bt Yusuff (080717) DUUS 4A

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum ....
    Pada pengetahuan kami bangsa Yakjud dan Makjud ini akan keluar dari tempat tahanan mereka, iaitu apabila mereka berjaya menembusi dinding tembaga yang telah dibina oleh Zul Qarnain. Bangsa ini akan keluar membuat kerosakkan di atas muka bumi ini, seperti disebutkan dalam hadis, maksudnya
    “…lalu Allah swt melepaskan bangsa Yakjud dan makjud. Mereka kelihatan turun dari setiap tempat yang tinggi dengan segera membuat kerosakkan. Maka kumpulan yang pertama di kalangan mereka akan melalui tasik “Thabariyah” ( sebuah tasih di utara Palestine) lalu mereka minum keseluruhan air yang ada di situ, sehingga apabila kumpulan berikutnya datang ke tasik itu mereka berkata,” sesungguhnya sebelum ini di sini ada banyak air’. – H.R. Muslim.Pada pendapat Hamka pula beliau merumuskan di dalam Tafsir Al-Azhar: “Dapatlah disimpulkan, Yakjuj dan Makjuj ialah dua nama yang bersatu padu untuk melaksanakan aktiviti kerosakan di muka bumi. Ia boleh diertikan sebagai isme dan ideologi sesat yang boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Yakjuj dan Makjuj bergerak laksana air, ia akan terus mencari ruang untuk masuk walaupun ruang itu sebesar lubang jarum..... Kalimat Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalimat Arab ‘ajja’ dan ‘taajjaja’ yang bermaksud ‘menyala, membakar dan menggelegak’. Zaman sekarang, mengikut pendapat ini, adalah zaman Yakjuj dan Makjuj kerana kehidupan kita memerlukan api dan cahaya apatah lagi selepas meledaknya zaman industri. Akhirnya manusia berjaya mencipta senjata nuklear serta sinar radioaktif dan kesemua ini dapat membinasakan manusia dengan sekelip mata.."


    Firman Allah lagi dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat 96 :“Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi”.Namun begitu,tembok yang dibina oleh Zulqarnain jaminannya hanya sementara kerana Allah menyatakan dalam al-qur’an bahawa tembok itu akan terbuka untuk mereka keluar dan melakukan lagi kerosakkan di muka bumi ini.
    Istilah Yakjuj wa Makjuj dalam Bible atau Injil disebut Gog dan Magog.Para ahli sejarah Eropah juga mempunyai pelbagai tafsiran tentang gog & magog.ada yang mengatakan bahawa bangsa Gog & Magog yang dimaksudkan ialah orang-orang eropah.Sebahagian Ulama’ dahulu menyatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj ialah ialah bangsa Rusia atau Monggol Tartar pada zaman dahulu kerana keganasan dan kerosakan yang mereka lakukan. Ada juga yang mengatakan bahawa yakjuj & makjuj adalah orang-orang Yahudi (Israel).Daripada takrifan ini dapatlah kita simpulkan bahawa yakjuj dan makjuj adalah satu bangsa manusia yang tinggal di kawasan antara dua gunung dimana mereka sangat suka melakukan kerosakan, maksiat, kemungkaran, dan pembunuhan di atas muka bumi. Pembunuhan yang mereka lakukan tanpa belas kasihan.
    Kerosakan yang mereka lakukan tidak dapat kita bayangkan kesan dan kehancurannya. Kemungkaran dan maksiat yang mereka lakukan tanpa ada perasaan segan dan malu, terang-terangan di hadapan mata. Mereka merupakan bangsa yang mendokong kebatilan dan kejahatan di hias supaya kelihatan seperti kebenaran dan kebaikan, dan akan dituruti serta diikuti oleh mereka yang dangkal pemikiran serta cetek agamanya.

    Mohamad Fadhlan Bin Mohd Ghazali(080509)
    Muhd Norhasliq Bin Ramle(080341)
    Nurul Huda Bt Ishak(080525)
    Nor Syuhaidah Bt Abu Bakar(080581)
    Siti Nur Syakirah Bt Mohd Salleh(080635)

    ReplyDelete
  10. Apa yang kami fahami mengenai yakjuj dan makjud ini ialah :

    Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

    *Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

    Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

    *Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

    Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

    Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

    Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

    Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

    Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

    Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

    Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

    Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

    Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

    Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

    Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

    NIK HERMISWATY BT MOHD ZAKRI 080303 DUUS 4B
    SITI NORSHAHILA BT ABD AZIZ 080290 DUUS 4C

    ReplyDelete
  11. Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.
    Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
    Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:
    Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
    Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
    Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
    Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-
    Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”
    Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
    Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).
    Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.
    Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,
    Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).
    Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.
    Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

    MUHAMMAD SYAFIQ MOHD NASER O8O690 DUUS 4A

    ReplyDelete
  12. Ya'juj Ma'juj yang difahami sebagai suatu gerombolan bangsa yang menakutkan memusnahkan seluruh kehidupan manusia.
    Perkataan Ya'juj Ma'juj berasal dari kata "Ajja" atau "Ajij" ertinya nyalaan api. Ya'juj Ma'juj pula dibaratkan sebagai api menyala dan air bergelumang hebatnya.
    Ya'juj Ma'juj dihuraikan dua kali dalam Al-Quran. yang pertama dihuraikan dalan Surah Al-Kahfi, sehubungan dengan huraian tentang gambaran Dajjal. Diakhir Surah Al-Kahfi, dihuraikan tentang perjalanan Raja Zulkarnain ke berbagai jurusan untuk menguatkan batas kerajannya.

    Ya'juj Ma'juj berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W. telah dikupas satu demi satu hadith-hadith yang akhirnya mendapat rumusan bahawa Ya'juj Ma'juj merupakan kaum Barat atau bangsa Eropah yang gigih menjajah dan menindas umat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini.

    MUHAMMAD ISKHANDAR BIN ABDUL AZIZ
    080528
    DUUS 4A

    ReplyDelete
  13. Yakjuj dan Makjuj, Hamka telah merumuskan di dalam Tafsir Al-Azhar karangan beliau: "Dapatlah disimpulkan, Yakjuj dan Makjuj ialah dua nama yang bersatu padu untuk melaksanakan aktiviti kerosakan di muka bumi. Ia boleh diertikan sebagai isme dan ideologi sesat yang boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Yakjuj dan Makjuj bergerak laksana air, ia akan terus mencari ruang untuk masuk walaupun ruang itu sebesar lubang jarum. Justeru benteng di dalam bentuk pemikiran yang baik, cita-cita yang mulia serta ideologi yang sihat mesti sentiasa teguh di dalam diri seseorang.... Orang-orang Islam zaman sekarang terus berfikir dan pada hari ini terdapat satu tafsiran baru tentang Yakjuj dan Makjuj. Kalimat Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalimat Arab ajja dan taajjaja yang bermaksud "menyala, membakar dan menggelegak." Zaman sekarang, mengikut pendapat ini, adalah zaman Yakjuj dan Makjuj kerana kehidupan kita memerlukan api dan cahaya apatah lagi selepas meledaknya zaman industri. Akhirnya manusia berjaya mencipta senjata nuklear serta sinar radioaktif dan kesemua ini dapat membinasakan manusia dalam sekelip mata... Manusia akan terus berfikir dan mentafsirkan ayat mengikut suasana zaman mereka. Tafsiran-tafsiran ini dapat diterima dengan syarat ia tidak terbabas dari maksud asal ayat Al-Quran. Namun kesemua tafsiran ini adalah tafsiran manusia yang cuba memahami maksud ayat-ayat Allah."

    MUHAMMAD SUHAIMI BIN ABDUL RAHMAN-080596
    MUHAMMAD AMMAR AL-HUSAINI BIN RAHIMIN-080727
    DUUS 4A

    ReplyDelete
  14. dalam buku "Yakjuj Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung" (karya Muhammad Alexander) disebutkan bahawa mereka adalah bangsa Scythian yang tinggal di utara banjaran pergunungan Caucasus. Mereka pernah keluar menembus pergunungan Caucasus dan membuat kerosakan di area Fertile Crescent di Timur Tengah, Yakjuj Makjuj menghancurkan bandar Samaria (722SM, Ninive 612SM), Yerusalem (587SM), Babilon (539SM) Kandungan isi boleh tengok di sini: http://www.pts.com.my/index.php/buku/yakjuj_makjuj_bencana_dari_sebalik_gunung/
    Dalam Buku sekuel kedua dari penulis yang sama (Muhammad Alexander)tajuk "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN" disebutkan bahwa bangsa Scythian ini terdiri dari dua bangsa besar: Scythian Asiatik (Yakjuj) dan Scythian Eropa (Makjuj. Alexander the Great (356-323SM) berjaya menghancurkan mereka di Asia TEngah dan tepi Stepa Eruasia, dan berjaya membina tembok besi di sana. Alexander inilah yang pantas disebut Zulqarnain. tengok http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/
    selamat membaca

    ReplyDelete
  15. (“Wahai Isa) Sesungguhnya akau telah melepaskan hamba-hambaku yang sangat ganas yang tidak ada siapa yang dapat melawanya. Oleh itu cepat-cepatlah engkau selamatkan hamba-hambaKu yang ada bersamamu ke arah bukit “Thor” – Rirawat Muslim.
    Yakjud dan Makjud adalah nama bagi suatu bangsa manusia. Mereka adalah juga dari keturunan Nabi Adam as. dari keturunan Yafust Bin Nuh as. Apa yang disebut tentang sifat dan perwatakan mereka yang menggambarkan mereka seakan-akan bukan manusia hanyalah dari berita Israeliyat sahaja.

    Dari sebuah hadis marfu’ dan Abu Hurairah diceritan: Bahawa yakjud dan makjud tersebut setiap hari menggali rintangan yang menghalangi mereka, seketika mereka hampir dapat melihat cahaya matahari ( diberitakan cahaya subuh )maka yang paling atas di antara mereka berseru:” Pulanglah kita dahulu ( pekerjaan ini ) esok kita teruskan lagi kerana ada terdengar suatu suara yang menakutkan ( diberitakan suara azan subuh )Begitulah seterusnya mereka terus menggali dan terhenti ketika waktu subuh keran laungan azan.Hinggalah mereka berhasil keluar dengan izin Allah di akhir zaman seketika azan subuh sudah tidak di laungkan lagi ditempat penggalian mereka

    Walaupun kita tidak dapat mengetahui dengan pasti di manakah tempat tinggal mereka sekarang namun kita tetap percaya bahawa mereka itu ada dan peristiwa mereka akan keluar dari benteng tembaga yang dibuat oleh Iskandar Zul Qarnain adalah jelas disebut dalam Al Qur’an dan diceritakan dalam beberapa buah hadis Rasulullah saw.

    Jadi bangsa Yakjud dan Makjud ini akan keluar dari tempat tahanan mereka, iaitu apabila mereka berjaya menembusi dinding tembaga yang telah dibina oleh Zul Qarnain. Bangsa ini akan keluar membuat kerosakkan di atas muka bumi ini, seperti disebutkan dalam hadis, maksudnya
    “…lalu Allah swt melepaskan bangsa Yakjud dan makjud. Mereka kelihatan turun dari setiap tempat yang tinggi dengan segera membuat kerosakkan. Maka kumpulan yang pertama di kalangan mereka akan melalui tasik “Thabariyah” ( sebuah tasih di utara Palestine) lalu mereka minum keseluruhan air yang ada di situ, sehingga apabila kumpulan berikutnya datang ke tasik itu mereka berkata,” sesungguhnya sebelum ini di sini ada banyak air’. – H.R. Muslim

    Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa bangsa ini senag membuat kerosakan dan mereka adalah bangsa yang kuat minum dan tidak memperdulikan nasib kawan-kawan mereka, apakan lagi bangsa-bangsa lain. Tiada orang yang selamat dari keganasan mereka kecuali bila ia berada di benteng-benteng pertahan dan seumpamanya. Mereka berjalan dengan rasa angkuh dan kejam sehingga telah banyak negeri yang telah mereka rosakkan, lalu mereka berkata,
    “Kita telah selesai membunuh penghuni bumi,mari kita bunuh pula penghuni langit”.
    Lalu salah seorang dari mereka mengarahkan lembingnya ke langit dan menolaknya ke atas dengan sekuat-kuatnya. Apabila lembing itu jatuh ke bumi maka kelihatanlah mata lembing itu berdarah. Mereka menyangka mereka benar-benar telah membunuh penghuni langit, tetapi apa yang berlaku itu hanyalah ujian Allah swt terhadap mereka.
    Pada pandangan kami, yakjud dan makjud ini belum keluar lagi. Ada tanda-tanda besar lagi yang masih belum keluar seperti Imam Mahdi dan Nabi Isa as.Walaupun tanda akhir zaman telah kian banyak tetapi tanda ini belum ada lagi. Apa yang kita dapat simpulkan ialah bangsa yang ditemui oleh NASA itu adalah bangsa primitif Amerika yang menghuni torowong dan digelar Mole people.Kalau mereka adalah bangsa yakjud dan makjud sudah tentu mereka telah merosakkan bumi ini.

    mohd quayyum bin ibrahim 080323 dpik 4a

    ReplyDelete
  16. Yakjud dan Makjud adalah nama bagi suatu bangsa manusia. Mereka adalah juga dari keturunan Nabi Adam as. dari keturunan Yafust Bin Nuh as. Apa yang disebut tentang sifat dan perwatakan mereka yang menggambarkan mereka seakan-akan bukan manusia hanyalah dari berita Israeliyat sahaja.

    *Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

    Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

    *Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

    Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

    Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

    Istilah Yakjuj wa Makjuj dalam Bible atau Injil disebut Gog dan Magog.Para ahli sejarah Eropah juga mempunyai pelbagai tafsiran tentang gog & magog.ada yang mengatakan bahawa bangsa Gog & Magog yang dimaksudkan ialah orang-orang eropah.Sebahagian Ulama’ dahulu menyatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj ialah ialah bangsa Rusia atau Monggol Tartar pada zaman dahulu kerana keganasan dan kerosakan yang mereka lakukan. Ada juga yang mengatakan bahawa yakjuj & makjuj adalah orang-orang Yahudi (Israel).Daripada takrifan ini dapatlah kita simpulkan bahawa yakjuj dan makjuj adalah satu bangsa manusia yang tinggal di kawasan antara dua gunung dimana mereka sangat suka melakukan kerosakan, maksiat, kemungkaran, dan pembunuhan di atas muka bumi. Pembunuhan yang mereka lakukan tanpa belas kasihan.
    Kerosakan yang mereka lakukan tidak dapat kita bayangkan kesan dan kehancurannya. Kemungkaran dan maksiat yang mereka lakukan tanpa ada perasaan segan dan malu, terang-terangan di hadapan mata. Mereka merupakan bangsa yang mendokong kebatilan dan kejahatan di hias supaya kelihatan seperti kebenaran dan kebaikan, dan akan dituruti serta diikuti oleh mereka yang dangkal pemikiran serta cetek agamanya.

    ahmad aizuddin b adam dpik 4a
    muhd shanoor azwan b saari dpik 4c

    ReplyDelete
  17. assalammualaikum ustaz,

    Ya'juj Ma'juj yang difahami sebagai suatu gerombolan bangsa yang menakutkan memusnahkan seluruh kehidupan manusia.
    Perkataan Ya'juj Ma'juj berasal dari kata "Ajja" atau "Ajij" ertinya nyalaan api. Ya'juj Ma'juj pula dibaratkan sebagai api menyala dan air bergelumang hebatnya.
    Ya'juj Ma'juj dihuraikan dua kali dalam Al-Quran. yang pertama dihuraikan dalan Surah Al-Kahfi, sehubungan dengan huraian tentang gambaran Dajjal. Diakhir Surah Al-Kahfi, dihuraikan tentang perjalanan Raja Zulkarnain ke berbagai jurusan untuk menguatkan batas kerajannya.

    Ya'juj Ma'juj berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W. telah dikupas satu demi satu hadith-hadith yang akhirnya mendapat rumusan bahawa Ya'juj Ma'juj merupakan kaum Barat atau bangsa Eropah yang gigih menjajah dan menindas umat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini.

    sumber: Buku Kemunculan Dajjal dan Ya'juj Ma'juj, Maulana Muhammad Ali, Halaman 2,7,11

    izah afiqah bte azalan dpik 4c

    ReplyDelete
  18. Ada buku bagus bertajuk "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN" diterbitkan PTS ISlamika, Kuala Lumpur, tulisan Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, buku ini berjaya membuktikan dgn ilmiah bahwa Alexander the Great (356-323 SM) adalah Zulqarnain yang disebut dalam Qur'an. Penulis mengunakan metode content analysis thd semua tafsir Qur'an dan 4 kitab kuno Yunani tentang sejarah Alexander (Plutarc, Arrian, Quintus, Diodurus yang ditulis pada abad 1 SM - 2M) dan juga tulisan Flavius Josephus (abad 1 M). Buku itu menyebutkan Perjalanan Zulqarnain ke arah barat (arah matahari terbenam / maghrib asy-syams) adalah ke Mesir. di Mesir ini Alexander membina kota Iskandaria, kemudian menuju ke barat dan melihat matahari seakan-akan terbenam dalam mata air berlumpur hitam ('ainin hamiah) yang sekarang disebut Qattara depression di MEsir, dan tepat di sebelah mata air hitam qattara itu Alexander bertemu dengan kaum pagan Amon di siwa oasis: ini sesuai dengan ayat Qur'an surat Al Kahfi 86 :
    Sehingga apabila ia [Alexander Zulqarnain] sampai ke daerah matahari terbenam [Mesir/Egypt], ia mendapatinya [matahari itu seakan-akan] terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur Ainin Hamiah [Qattara depresion], dan ia dapati di sisinya [di sisi Qattara] satu kaum [kaum Ammon di Siwah Oasis]. Kami berfirman: ”Wahai Zulkarnain! Kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka.”
    kemudian Alexander menuju ke arah mathari terbit yaitu ke Kawasan Kandahar (kota yang juga dibina Alexander di Afganistan) dahulu kawasan ini disebut "Khurasan" (arti dalam bahasa Persia "Negeri tempat matahari terbit) ini juga sesuai dengan ayat qur'an selanjutnya.
    kemudian Alexander membina tembok besi si kawasan Fergana asia tengah. di utara asia tengah itu Alexander berjaya mengalahkan dua bangsa barbar Scythian Asiatik (Yakjuj) dan Scythian Eropa (Makjuj).
    Buku ini juga berjaya membuktikan bahwa Alexander adalah orang beriman monoteisme, bukan pagan yunani. buktinya silsilah guru-guru Alexander adalah orang beriman, yaitu: Socrates (470-399SM) > Plato (427-346SM)>Aristotles (384–322SM) > Alexander the Great / Zulqarnain Qur’anik (356-323SM), f\ilsuf Athen socrates inilah yg di AlQur'an disebut Luqman Al Hakim (Luqman yang bijasana), Luqman dlm bhs arab berarti "menelan" yaitu Socrates yang dihukum mati dengan cara menelan racun, ini krn waktu itu Socrates menyebarkan paham bahwa Tuhan itu Satu di negeri pagan Yunani. sila tengok buku ini: http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/

    ReplyDelete
  19. mcm2 jawapan anda tentang "mahkluk" yang bernama yakjud dan makjud..sebenarnya ia adalah GUNUNG BERAPI yang sedang dan akan terus meletus, Zulkarnain membina tembok2 dari tembaga hanya utk mengarahkan lahar api ke arah yang lain... Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi) maksud ayat ini..maka api2 yg turun dari gunnung2 yg meletus yang membinasakan penduduk setempat..allahualam

    ReplyDelete