Tuesday, January 19, 2010

Siapakah pengasas bagi Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah?

?

20 comments:

  1. 2 pengasas besar ahli sunnah waljamaah
    a.syeikh hassan al-shaarie
    b.syeikh Abu al-mathurudi
    (kuliah uztaz afif)
    (nor atiqah abdullah,syahida vianish,jamilah sazali,amal farhani wahid._dpik 4b)

    ReplyDelete
  2. boleh tak kamu ceritakan serba ringkas berkaitan 2 orang tokoh ini? iaitu syeikh abu hassan al asyari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi

    ReplyDelete
  3. a.syeikh hassan al-shaarie
    b.syeikh Abu al-mathurudi
    Ahmad Syukri B Zulkifli(080288) duus 4A

    ReplyDelete
  4. 2 pengasas besar ahli sunnah wal jamaah iaitu:

    1.Syeikh Abu Hassan Al-Shaarie. Pada asalnya Syeikh Abu Hassan adalah ulama besar firqah mu'tazilah tetapi beliau telah bertaubat dan mengasaskan firqah ahli sunnah wal jamaah.
    beliau pakar dalam bidang usuluddin.

    2.Syeikh Abu Mansur Al-Maturidi.beliau juga seorang ulama usulidin.

    kedua-dua tokoh ini juga telah memperkenalkan Rukun Islam,Rukun Iman,sifat 20 bagi Allah,sifat mustahil bagi Allah,nama Malaikat,25 Nabi dan Rasul.



    Nurwardah Hani Bt Md Zaini(080576)dpik4b

    ReplyDelete
  5. Ahli sunnah wal jamaah ialah kumpulan yang berpegang teguh dengan al quran,sunnah rasulullah S.A.W dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. mazhab ahli sunnah wal jamaah adalah jalan yang mengikut jejak langkah rasulullah dan para sahabat baginda. Nama ahli sunna wal jamaah muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat islam. Nama zzztersebut secara rasminya dimasyhurkan oleh imam Abu Alhassan AlShaarie (330 hijrah) dan Abu Mansur Almaturidi (333 hijrah).

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum... antara pengasas ahli sunnah wal jamaah ialah Imam Abu Mansur al-Maturidi radiyallahu 'anhu juga dianggap sebagal pengasas usulud-din di kalangan Ahli-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abu Hasan al-Asy'ari. selain itu,ialah imam abu hasan al-asy'riAbu-Hasan al-Asy'ari lahir di Basrah tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324 Hijrah. Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayah daripada Allah.

    NUR DALILA BINTI ABD.HAMID
    080411,Dip.in finance

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum....Ahli sunnah wal jamaah ialah kumpulan yang berpegang teguh dengan al quran,sunnah rasulullah S.A.W dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. mazhab ahli sunnah wal jamaah adalah jalan yang mengikut jejak langkah rasulullah dan para sahabat baginda. Nama ahli sunna wal jamaah muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat islam. Nama tersebut secara rasminya dimasyhurkan oleh imam Abu Alhassan AlShaarie (330 hijrah) dan Abu Mansur Almaturidi (333 hijrah).kedua-dua tokoh ini juga telah memperkenalkan Rukun Islam,Rukun Iman,20 sifat allah,nama Malaikat,25 Nabi dan Rasul.

    fatin maisarah binti hamdan (080504) DA4

    ReplyDelete
  8. AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH;
    Ahli sunnah wal jamaah adalah golongan yang terselamat dari bughyatul- murtasyidin yakni golongan yang dikatakan golongan yang sesat. Satu-satunya golongan yang terselamat ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Golongan ini diasaskan atau diketuai oleh dua orang ulama besar dalam usuluddin iaitu Syaikh Abu Hassan Al- Ash’ari r.a dan Syaikh Abu Mansur Al- Maturidi r.a. golongan ahli sunnah boleh dipanggilkan dengan panggilan “ash’ari atau asha’irah”.
    Abu Hassan Al-Ash’ari;
    Abu-Hasan al-Asy'ari lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324 Hijrah. Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayah daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usulid-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz.
    Abu Mansur Al- Maturidi;
    Imam Abu Mansur al-Maturidi juga dianggap sebagai pengasas usuluddin di kalangan Ahli-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut sekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hassan al-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abu Hassan al-Asy'ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli-Sunnah wal-Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi, bila dikatakan Ahli-Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yang diajarkan oleh Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al- Maturidi.

    Sumber; dari internet website; swordofdeen06.multiply.com

    dari;
    siti rohaida bt abdul karim
    nur atika bt mohammad khairun
    nur syafiqah bt zainal abdin
    (DUUS 4A)

    ReplyDelete
  9. Imam Abu Mansur al-Maturidi dianggap juga sebagai pengasas Usuluddin di kalangan Ahli Sunnah wal-Jama'ah. Namanya biasa disebut-sebut bersama-sama dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau telah dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan telah meninggal dunia pada tahun 333 Hijrah. Selepas sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasanal-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Dari segi aqidah seseorang itu boleh dipanggil sebagai Sunni keranan ia menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli-Sunnah . Pada asalnya Abu al-Hasan al-Asy’ari memegang fahaman mu’tazilah yang telah dipelajarinya daripada gurunya al-Jubba'i. Setelah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T beliau telah meninggalkan fahaman ini dan kemudiannya berpegang teguh kepada Ahli Sunnah wal Jama’ah.

    Muhd Syafiq bin Mohd Naser 080690 DUUS 4 A

    ReplyDelete
  10. Imam Abu Mansur al-Maturidi dianggap juga sebagai pengasas Usuluddin di kalangan Ahli Sunnah wal-Jama'ah. Namanya biasa disebut-sebut bersama-sama dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau telah dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan telah meninggal dunia pada tahun 333 Hijrah. Selepas sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasanal-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Dari segi aqidah seseorang itu boleh dipanggil sebagai Sunni keranan ia menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli-Sunnah . Pada asalnya Abu al-Hasan al-Asy’ari memegang fahaman mu’tazilah yang telah dipelajarinya daripada gurunya al-Jubba'i. Setelah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T beliau telah meninggalkan fahaman ini dan kemudiannya berpegang teguh kepada Ahli Sunnah wal Jama’ah.
    Muhd Syafiq bin Mohd Naser 080690 DUUS 4 A

    ReplyDelete
  11. a.syeikh hassan al-shaarie
    b.syeikh Abu al-mathurudi

    MUHAMMAD SYAFIQ MOHD NASER O8O690 DUUS 4A

    ReplyDelete
  12. Imam Abu Mansur al-Maturidi dianggap juga sebagai pengasas Usuluddin di kalangan Ahli Sunnah wal-Jama'ah. Namanya biasa disebut-sebut bersama-sama dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau telah dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan telah meninggal dunia pada tahun 333 Hijrah. Selepas sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasanal-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Dari segi aqidah seseorang itu boleh dipanggil sebagai Sunni keranan ia menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli-Sunnah . Pada asalnya Abu al-Hasan al-Asy’ari memegang fahaman mu’tazilah yang telah dipelajarinya daripada gurunya al-Jubba'i. Setelah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T beliau telah meninggalkan fahaman ini dan kemudiannya berpegang teguh kepada Ahli Sunnah wal Jama’ah.

    a.syeikh hassan al-shaarie
    b.syeikh Abu al-mathurudi

    MUHAMMAD ISKHANDAR BIN ABDUL AZIZ-080528
    MUHAMMAD SUHAIMI BIN ABDUL RAHMAN-080596
    MUHAMMAD AMMAR AL-HUSAINI BIN RAHIMIN-080727
    DUUS 4A

    ReplyDelete
  13. 2 pengasas besar ahli sunnah wal jamaah iaitu:

    1.Syeikh Abu Hassan Al-Shaarie. Pada asalnya Syeikh Abu Hassan adalah ulama besar firqah mu'tazilah tetapi beliau telah bertaubat dan mengasaskan firqah ahli sunnah wal jamaah.
    beliau pakar dalam bidang usuluddin.

    2.Syeikh Abu Mansur Al-Maturidi.beliau juga seorang ulama usulidin.

    kedua-dua tokoh ini juga telah memperkenalkan Rukun Islam,Rukun Iman,sifat 20 bagi Allah,sifat mustahil bagi Allah,nama Malaikat,25 Nabi dan Rasul.

    mohd quayyum bin ibrahim 080323 dpik 4a

    ReplyDelete
  14. siapa kata ashaari dan maturidi pengasas ahli sunah wal jamaah maka mereka salah kerana ahli sunah wal jamaah adalah golongan yang benar yang sentiasa mengikuti jalan nabi dan para sahabat. sahabat adalah ahli sunah wal jamaah, ulama selepasnya juga adalah ahli sunah wal jamaah, dan asyari serta maturidi adalah ahli sunah wal jamaah. ahli sunah wal jamaah adalah nama bagi umat islam dari zaman sahabat tabien dan seterusnya, cuma istilah bagi ahli sunah waljamaah tu je yang tak wujud zaman sahabat dulu, tapi sebenarnya mereka lah golongan pengasas kepada ahli sunah wal jamaah, cuma penamaan sahaja yang tidak wujud pada ketika itu kerana istilah sahabat dah cukup menggambarkan kebersihan dan keindahan mereka berkat hampirnya zaman mereka dengan nabi. asyari dan maturidi hanya lah pelopor atau pengembang bagi mazhab ahli sunah wal jamaah iaitu pertambahan metodologi ilmu kalam atau penggunaan akal dalam manhaj beliau. jadi jangan salah faham bahawa mereka adalah pengasas, kerana jika mereka pengasas, maka siapakan golongan salaf? adakah mereka bukan ahli sunah wal jamaah? jawapannya tidak.. mereka juga adalah ahli sunah wal jamaah cuma istilah dan penamaan ahli sunah wal jamaah sahaj tidak wujud pada zaman mereka kerana ketika itu xbanyak lagi gejala bid'ah dan firqah yang rosak berlaku... wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahli sunnah wal jamaah satu fahaman bukannya mazhab..sila teliti dulu sebelum tulis apa2.. =.=

      Delete
    2. fahaman itu faham...

      madzhab itu golongan... katanya benar...

      berikan takrif madzhab.. sekiranya saudara betul? jangan potong kaki orang lepas tu... biarkan mereka begitu sahaja... terangkan bagi perabis...

      Delete
  15. alhamdulillah..terima kasih semua atas info diastas..

    ReplyDelete
  16. Ahli Sunna (Sunni) kata mereka yang benar, Syiah pula kata mereka lah yang benar, Wahabi plak kata mereka yang benar, Khawarij plak kata mereka yang benar, Mutalizah plak kata dorang yang benar, penolak hadith plak kata diorang yang benar... MAKA bila bincang, janganlah mendabik mengaku masing2 benar... sebaliknya kemukakan dalil masing2 sebagai point untuk difikirkan bersama... semoga kita jumpa kebenaran.

    ReplyDelete
  17. Salam...

    Betul kata Anom 6/8/2012 setiap hujahan perlu ada dalilnya....

    Bagaimana jika saya katakan bahwa tak kiralah bahwa Sunnah ke, Syiah ke dan lain2 golongan yg wujud dalam agama Islam itu semuan adalah SESAT berdasarkan dalil ini;

    Surah Al Mu'minuun

    52. Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu[1006], dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. 53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).54. Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu.

    Mereka (Bergolongan Dlm Agama) Bangga;

    Surah Ar Ruum

    30-32....janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

    Mereka akan saling bercakaran sesama sendiri sperti mana yg berlaku di benua arab sana kerana ianya sememangnya bencana dari Allah disebabkan bergolongan dlm agama;

    Surah Al An'aam

    6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami.

    Bergolongan dlam agama bukan umat baginda nabi;

    Al An'aam

    6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.

    Maka nak terima peringatan Allah dlm terjemahan ayat2 diatas atau nak menolaknya.... tanya iman masing2....

    salam
    Syuk.......

    ReplyDelete