Tuesday, January 19, 2010

Siapakah Hassan al-Banna yang anda kenali?.

21 comments:

  1. sejarah ringkas Hasan al-Banna.beliau dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku
    pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar,
    yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul
    Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali
    gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah
    meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam
    dan roh Islam di Dunia Arab.

    Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak
    kecil sehinggalah beliau menemui ajainya. Beliau tiada mempunyai rehat langsung.
    Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan orangorang
    Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji Al-Quran
    serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari,
    1949 di Kaherah. Umurnya ketika itu ialah 43 tahun.

    Dalam umurnya yang begitu singkat, Imam Hasan Al-Banna telah
    melancarkan satu gerakan Islam yang benar yang mempengaruhi seluruh Dunia Islam.
    Gerakan ini membawa perubahan hebat kepada Dunia Arab. Ia telah menegakkan
    semula kebenaran dan kekuatan Islam. Hasan Al-Banna adalah seorang yang
    berwibawa dan berhati tabah. Beliau memiliki peribadi Muslim sejati. Setiap
    tindakannya melambangkan eiri-ciri hidup Islam.
    =>ahmad syukri bin zulkifli(080288) duus 4A

    ReplyDelete
  2. Hasan al-Banna adalah pengasas pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” di Kota Ismailiyah, Mesir pada tahun 1928M atau pada Zulkaedah 1347H. (Lihat: al-Mausu’ah al-Muyassarah. Hlm. 23) Manakala jema’ah Ikhwanul Muslimin adalah mereka yang menjadi pengikut kepelbagaian pemikiran Hasan al-Banna dan pengikut tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sesudahnya.
    Hasan al-Banna dilahirkan di kampung al-Mahmudiyah Mudiriyah al-Buhariyah (Mesir) pada 1324H bersamaan 1906M. (Lihat: an-Nuqtah Fauqal Huruf, hlm. 81 Ust. Ahmad Abdilkarim) Beliau meningal dunia pada tahun 1368H bersamaan 1949M. Nama penuh beliau ialah Hassan Bin Ahmad Bin Abdulrahman al-Banna. (Ad-Dakwah Ilallahi Ta’ala. Hlm. 86. Saied bin Abdulahraman al-Husin) Dialah yang menjadi Mursyid pertama bagi pertubuhan ini.
    Hasan al-Banna bermati-matian berusaha untuk menyatu-padukan parti-parti tersebut ke dalam satu jamaah dengan satu nama iaitu “Ikhwanul Muslimin” (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin) walaupun beliau mengetahui akidah setiap golongan yang ingin disatukan ke dalam jemaah/pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” itu saling bertentangan. (Lihat: al-Majallah as-Salafiyah. Bil. 7 Penjelasan Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (Ulama Jordan)
    Antara slogan dan suara yang batil dalam usaha menyatukan para pengikut Ikhwanul Muslimin (mewakili Ikhwanul Muslimin) ialah suara yang diserukan oleh Salman al-Audah (salah seorang pengikut gerakan Ikhwanul Muslimin masa kini)

    =>NUR 'AMIRAH BT. MAZLAN (080616),DPIK 4B<=
    =>NORAZILAH BT.SAIFUL BAHRI (080475),DPIK 4B<=

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Ustaz..
    Mengikut pembacaan kami, Imam Hassan al-Banna adalah pendakwah reformis dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin.Dilahirkan pada Oktober 1906,bapanya shiekh Ahmad Bin Abdul Rahman Al-Banna.Pada usia 12 tahun beliau sudah menghafal Al-Qur’an.Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak & Al-Suluka Al-Akhlaqi di sekolah.Beliau juga menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan Al-Ikhwan Al-Hasafiyyah.Pada usia 23 tahun beliau menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928.Hasil kegigihan beliau,gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam.Bimbang dengan pengaruhnya yang semakin kuat, Hassan al-Banna telah ditembak mati oleh seorang pembunuh semasa keluar dari bangunan Ikhwanul Muslimin, lalu menghembuskan nafas pada zohor 12 Februaru 1949.Hassan Al-Banna juga adalah pengasas buku Al-Mathurat iaitu buku yang mengandungi himpunan zikir dan doa.

    Rujukan : www.pts.com.my

    Daripada Student DPIK 4B,
    Nasariah Bt Jamian (080421)
    Fatimah Bt Hashim (080248)
    Siti Farahia Bt Muhd Jamil (080464)
    Siti Nur Ain Bt Mahadi (070663)

    ReplyDelete
  4. Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
    Hassan al-Banna adalah pemimpin yang cerdas dalam mengatur organisasi dan telah menubuhkan Ikhwan Muslimin yang telah disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah melalui ceramah. Kemudian membentuk keperibadian para anggotanya agar bersedia berjihad dan melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin kemudian menjadi sebuah gerakan yang menggemparkan Mesir terutama setelah perang dunia kedua, bahkan gerakan ini juga aktif politik.
    Ia memperjuangkan Islam menurut Al-Quran dan Sunnah hingga dibunuh oleh penembak misteri yang oleh banyak kalangan diyakini sebagai penembak upahan pemerintah pada 12 Februari 1949 di cairo.pemergian Hassan al-Banna menjadi duka berpanjangan bagi umat Islam. Ia mewariskan 2 karyanya, iaitu Catatan Harian Dakwah dan Da'i serta Kumpulan Surat-surat. Selain itu Hasan al-Banna mewariskan semangat dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah sehingga saat ini.

    Fatin Maisarah binti Hamdan (080504) DA4

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Nama Hasan Al-Banna sudah tidak asing lagi bagi sebahagian umat islam.Jejak perjuangannya membuat namanya cukup tersohor di dunia islam.

    Nama lengkapnya adalah Hasan Ahmad Abdurrahman Al-Banna.Beliau adalah seorang mujahid dakwah,peletak dasar2 gerakan islam sekaligus pendiri dan pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin (persaudaraan Islam).Oleh kerana peranannya itu,dia mendapat julukan sebagai pembaharu islam abad ke-20.

    -Hasan Al-Banna dilahirkan pada 14 oktober 1906 didesa mahmudiyah kawasan Buhairah,Mesir.

    -Memperolehi pendidikan dasar di Sekolah Ar-Rasyad Ad-Diniyah.

    -pada usia 12 tahun,Hasan Al-Banna telah menghafal Al-Quran.

    -dikenali sebagai yang rendah hati,sangat menjaga kebersihan,daya ingatannya sangat kuat,berlaku lemah lembut,selalu senyum,pembrani.

    -telah menyusun satu karya iaitu doa dan wirid di dalam kitab Al-Ma'tsurat.

    -pada tahun 1938,Hasan Al-Banna bersama 6 orang temannya,dia mendirikan organisasi Ikhwanul Muslimin.

    -Di Ismai'iliyah dia mendirikan masjid,pejabat organisasi Ikhwanul Muslimin dan Sekolah Hara untuk mempelajari Islam.

    -mendirikan sebuah organisasi yang diberi nama Jami'yah Al-Akhlaq Al-Adabiyah dan organisasi Man'Al-Muharram semasa beliau masih lagi bersekolah.

    -beliau selalu mengunjungi perpustakaan As-Salafiyah dan tempat2 berkumpulnya para ulama Al Azhar.

    -dikenali sebagai seorang yang ahli berpidato ,sangat fasih,ahli dalam sastera dan pandai memilih kata2 yang tepat.

    Hasan Al-Banna berusaha berjuang dan menyiarkan dakwah Islam,perhatiannya sangat besar terhadap upaya meluruskan pemahaman islam dan mengembalikan nilai2 ajaran islam yang telah dibuang oleh umat islam sendiri.

    Hasan Al-Banna juga memberikan perhatian yang besar dalam pembentukan generasi muda muslim yang Istiqamah terhadap diri sendiri dan menjadikan Allah swt sebagai tujuannya,islam jalannya dan Muhammad sebagai teladannya.

    -SUMBER:http//zahirzainudin.blogspot.com

    (DA4)
    -Nur hidayu Binti Mhd Ab.Raman
    -NurKhairin Binti Abd Aziz
    -Nur Izzati Erna Binti Ramlan

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum ustaz..
    Hasan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
    Hasan Al-Banna telah mendirikan suatu jemaah yang dinamakan "Al-Ikhwanul Muslimin" iaitu persaudaraan orang-orang muslim.
    Pada usia 20 tahun, Hasan Al-Bana telah menghafal 30 juz kitab suci Al-Quran.
    Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922.Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
    Hasan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
    Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
    Jenazah al-Imam Hasan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

    -Nurhafizah binti Ishak (DW4)
    -Zulaika binti Baba (DW4)
    -Nurul Afiqah binti Abd. Rahman (DA4)

    ReplyDelete
  7. Hassan Al-Banna;
    Hassan al-banna ialah seorang mujahid dakwah, peletak dasar-dasar gerakan Islam yang merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun. Ia memperjuangkan Islam menurut Al-Quran dan Sunnah hingga dibunuh oleh penembak 'titipan' pemerintah pada 12 Februari 1949 di Kairo. Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani. Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

    Sumber; internet dari wikipedia –hassan al-banna pengasas ikhwan muslim- muslim brotherhood

    DARI;
    siti rohaida bt abdul karim
    nur atika bt mohammad khairun
    nur syafiqah bt zainal abdin
    (DUUS 4A)

    ReplyDelete
  8. al-Imam al-syahid Hasan Al-Banna, dianngap sebagai mujadid kurun ke-14,sesuai dgn sumbangan fikiran dan gerak kerjanya yg besar kpd dunia islam terutamanya dlm pembentukkan harakah islamiyyah dan strategi perjuangan dlm kebangkitan semula umat islam.Beliau juga adalah ulama`,pendidik, pendakwah dan sekali gus pula politikus yang berkaliber.
    Selain itu,beliau adalah tokoh dan pemimpin islam yg telah berjaya menyedarkan sebahagia ummah.Dlm bidang poltik, beliau telah memainkan peranan positif dlm pergolakkan dlm politik Mesir dlm sekitar thn 1927 sehingga thn 1949.
    Hasan Al-Banna dilahirkan pd bulan oktober 1906 di Al-Mahmudiyah dlm bahagian Al-Bahirah, Mesir dan dibesarkan di Kaherah.Keluarganya berasal dari Syamsirah kwsn Poh Barat.Emaknya puan Um al-Sa`d Ibrahim Saqr dan ayahnya Al-Syaikh Ahmad Abdul Ar-Rahman Al-Banna adalah imam dan khatib kampungnya juga sebgai ma`dhun daripada golongan ulama Azhari.Hasan Al-Banna byk membuat kajian dlm pelbagai masalah agama seperti Fiqh,Tauhid, Tafsir, Hadis dan sebagainya.Beliau juga sering mengadakan majlis diskusi ilmiyah antara alim-ulama utk membincangkan pelbgi masalah.
    Selain itu,beliau juga pandai menjilid buku dan mewarisi kemahiran ayahnya dlm membaiki jam. Beliau juga mempunyai 4 org adik-beradik dan merupakan anak yg sulung.Beliau berkahwin dgn Latifah bt al-Haji Husain Al-Suli.Berkat perkahwinannya ,beliau dikurniakan 6 org cahayamata;5 prmpn dan 1 lelaki.
    Hasan Al-banna menghembuskan nafas terakhrnya pd jam 12.05 tengahmlm,hari sabtu,12 februari 1949 akibat tumpahan darah yg banyak kesan dri 7 tembakan.

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya...

    Rujkkan:Tokoh-tokoh Pemikir Islam(Jilid 1) oleh Mohamad Kamil Hj.Ab.Majid

    -Shafiqah Akidah Bt Saha (080652) DUUS 4C-
    -Nur Sakinah Bt Merikan (080649) DUUS 4C-
    -Hazwani Bt Yusuff (080717) DUUS 4A-
    -Nur Imanina Bte Aminordin (080605) DUUS 4C-

    ReplyDelete
  9. hassan al banna dilahirkan pd oktober 1906 didesa al-mahmudiyah di iskandariah mesir barat.bapannya sheikh ahmad bin abd rahman al banna merupakan seorang ulama imam,guru dan seorang pengarang terkenal lulusan universiti al-azhar.ketika hasan berusia 13 thun,dia mnyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan british pada usia 16 tahun dia memasuki dar al ulum.beliau mengangotai pertubuhan jamatul makram al-akhlaq al-islamiah yang slalu jlnkn cramah dan dakwah.stlh berkhidmat 19 thn dlm bdg perguruan,beliau mltk jwtn utk myusun kegiatan dakwah dgn berkesan.beliau telah ditembak pada waktu zohor 12 february 1949 ketika menyelamatkan bangunan ikhwan muslimin.Jenazah al-imam hasan al bana telah dikebumikan dgn kawalan kereta-kereta kebal dan perisai.orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya,yang hadir hanyalah keluarganya sendiri
    Nurul huda bt ishak 080525 duus4b
    Nor syuhaidah bt abu bakar 080581 duus4c
    Siti nur syakirah bt mohd salleh 080635 duus4c
    Mohamad fadhlan bin ghazali 080509 duus4b
    Muhd hasliq bin ramle 080341 duus4b

    ReplyDelete
  10. Hasan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
    Hasan Al-Banna telah mendirikan suatu jemaah yang dinamakan "Al-Ikhwanul Muslimin" iaitu persaudaraan orang-orang muslim.Beliau memperjuangkan Islam menurut Al-Quran dan Sunnah hingga dibunuh oleh penembak misteri yang oleh banyak kalangan diyakini sebagai penembak upahan pemerintah pada 12 Februari 1949 di cairo.pemergian Hassan al-Banna menjadi duka berpanjangan bagi umat Islam. Ia mewariskan 2 karyanya, iaitu Catatan Harian Dakwah dan Da'i serta Kumpulan Surat-surat. Selain itu Hasan al-Banna mewariskan semangat dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah sehingga saat ini.

    ReplyDelete
  11. ..jwpn di atas daripada :

    Aiza binti Mohd Alias(080414)
    Nurul Nadiha binti Zahari(080772)
    Nur Hamizah binti Samsudin(080729)
    Nur Ainin Syakireen binti Zainol Abidin(080373)
    Noorazila binti Rahmat(080396)
    Nurul Ashikin binti Rahmat(080763)
    Siti Nur Liyana binti Wahab(080195)

    ReplyDelete
  12. Hassan al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir Khaherah laut barat. Beliau berasal daripada sebuah perkampungan petani yang terkenal yang kuat mentaati ajaran dan Islam, serta merupakan salah sebuah keluarga ulama’ yang dihormati pada ketika itu. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna merupakan bapa kepada Hassan al-Banna merupakan seorang ulama’, imam dan juga merupakan seorang guru dan pengarang terkenal. Bapanya merupakan seorang lulusan daripada Universiti Al-Azhar yang telah emnulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan islam. Selain itu bapanya mempunyai sebuah kedai membaiki jam dan gramophone. Selepas berpindah di kaherah keluarganya bertungkus lumus untuk mencari nafkah bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Sejak umurnya 12 tahun lagi beliau telah dilantik menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi. Beliau juga mula aktif dalam menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah yang akhirnya Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika umurnya 13 tahun beliau juga telah mula menyertai tunjuk perasaan menentang British. Umurnya 16 tahun, dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Beliau kemudiannya menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat menjalankan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Selama 19 tahun beliau berkhidmat dalam bidang perguruan dan pada tahun 1946 beliau meletakan jawatan yang kemudiananya beliau telah menyusun kegiatan dakwah yang akhirnya terbentuk 3 peringkat Ikwanul Muslimin. Pertama memperkenalkan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan Ikhwanul Muslimin, kedua membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad dan ketiga melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital. Pembunuhan beliau telah didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

    Muhd Syafiq bin Mohd Naser 080690 DUUS 4A

    ReplyDelete
  13. Hasan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
    Hasan Al-Banna telah mendirikan suatu jemaah yang dinamakan "Al-Ikhwanul Muslimin" iaitu persaudaraan orang-orang muslim.
    Pada usia 20 tahun, Hasan Al-Bana telah menghafal 30 juz kitab suci Al-Quran.
    Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922.Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
    Hasan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
    Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
    Jenazah al-Imam Hasan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.



    Hasan al-Banna adalah pengasas pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” di Kota Ismailiyah, Mesir pada tahun 1928M atau pada Zulkaedah 1347H. (Lihat: al-Mausu’ah al-Muyassarah. Hlm. 23) Manakala jema’ah Ikhwanul Muslimin adalah mereka yang menjadi pengikut kepelbagaian pemikiran Hasan al-Banna dan pengikut tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sesudahnya.
    Hasan al-Banna dilahirkan di kampung al-Mahmudiyah Mudiriyah al-Buhariyah (Mesir) pada 1324H bersamaan 1906M. (Lihat: an-Nuqtah Fauqal Huruf, hlm. 81 Ust. Ahmad Abdilkarim) Beliau meningal dunia pada tahun 1368H bersamaan 1949M. Nama penuh beliau ialah Hassan Bin Ahmad Bin Abdulrahman al-Banna. (Ad-Dakwah Ilallahi Ta’ala. Hlm. 86. Saied bin Abdulahraman al-Husin) Dialah yang menjadi Mursyid pertama bagi pertubuhan ini.
    Hasan al-Banna bermati-matian berusaha untuk menyatu-padukan parti-parti tersebut ke dalam satu jamaah dengan satu nama iaitu “Ikhwanul Muslimin” (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin) walaupun beliau mengetahui akidah setiap golongan yang ingin disatukan ke dalam jemaah/pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” itu saling bertentangan. (Lihat: al-Majallah as-Salafiyah. Bil. 7 Penjelasan Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (Ulama Jordan)
    Antara slogan dan suara yang batil dalam usaha menyatukan para pengikut Ikhwanul Muslimin (mewakili Ikhwanul Muslimin) ialah suara yang diserukan oleh Salman al-Audah (salah seorang pengikut gerakan Ikhwanul Muslimin masa kini)

    muhammad qidran bin abdul manap 080588(duus 4b)
    muhammad syafiq bin saleh 080453 (duus 4a)

    ReplyDelete
  14. Hasan al-Banna adalah pengasas pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” di Kota Ismailiyah, Mesir pada tahun 1928M atau pada Zulkaedah 1347H. (Lihat: al-Mausu’ah al-Muyassarah. Hlm. 23) Manakala jema’ah Ikhwanul Muslimin adalah mereka yang menjadi pengikut kepelbagaian pemikiran Hasan al-Banna dan pengikut tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sesudahnya.
    Hasan al-Banna dilahirkan di kampung al-Mahmudiyah Mudiriyah al-Buhariyah (Mesir) pada 1324H bersamaan 1906M. (Lihat: an-Nuqtah Fauqal Huruf, hlm. 81 Ust. Ahmad Abdilkarim) Beliau meningal dunia pada tahun 1368H bersamaan 1949M. Nama penuh beliau ialah Hassan Bin Ahmad Bin Abdulrahman al-Banna. (Ad-Dakwah Ilallahi Ta’ala. Hlm. 86. Saied bin Abdulahraman al-Husin) Dialah yang menjadi Mursyid pertama bagi pertubuhan ini.
    Hasan al-Banna bermati-matian berusaha untuk menyatu-padukan parti-parti tersebut ke dalam satu jamaah dengan satu nama iaitu “Ikhwanul Muslimin” (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin) walaupun beliau mengetahui akidah setiap golongan yang ingin disatukan ke dalam jemaah/pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” itu saling bertentangan. (Lihat: al-Majallah as-Salafiyah. Bil. 7 Penjelasan Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (Ulama Jordan)
    Antara slogan dan suara yang batil dalam usaha menyatukan para pengikut Ikhwanul Muslimin (mewakili Ikhwanul Muslimin) ialah suara yang diserukan oleh Salman al-Audah.

    MUHAMMAD ISKHANDAR BIN ABDUL AZIZ
    080528
    DUUS 4A

    ReplyDelete
  15. Hasan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
    Hasan Al-Banna telah mendirikan suatu jemaah yang dinamakan "Al-Ikhwanul Muslimin" iaitu persaudaraan orang-orang muslim.
    Pada usia 20 tahun, Hasan Al-Bana telah menghafal 30 juz kitab suci Al-Quran.
    Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922.Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
    Hasan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
    Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
    Jenazah al-Imam Hasan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.



    Hasan al-Banna adalah pengasas pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” di Kota Ismailiyah, Mesir pada tahun 1928M atau pada Zulkaedah 1347H. (Lihat: al-Mausu’ah al-Muyassarah. Hlm. 23) Manakala jema’ah Ikhwanul Muslimin adalah mereka yang menjadi pengikut kepelbagaian pemikiran Hasan al-Banna dan pengikut tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sesudahnya.
    Hasan al-Banna dilahirkan di kampung al-Mahmudiyah Mudiriyah al-Buhariyah (Mesir) pada 1324H bersamaan 1906M. (Lihat: an-Nuqtah Fauqal Huruf, hlm. 81 Ust. Ahmad Abdilkarim) Beliau meningal dunia pada tahun 1368H bersamaan 1949M. Nama penuh beliau ialah Hassan Bin Ahmad Bin Abdulrahman al-Banna. (Ad-Dakwah Ilallahi Ta’ala. Hlm. 86. Saied bin Abdulahraman al-Husin) Dialah yang menjadi Mursyid pertama bagi pertubuhan ini.
    Hasan al-Banna bermati-matian berusaha untuk menyatu-padukan parti-parti tersebut ke dalam satu jamaah dengan satu nama iaitu “Ikhwanul Muslimin” (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin) walaupun beliau mengetahui akidah setiap golongan yang ingin disatukan ke dalam jemaah/pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” itu saling bertentangan. (Lihat: al-Majallah as-Salafiyah. Bil. 7 Penjelasan Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (Ulama Jordan)
    Antara slogan dan suara yang batil dalam usaha menyatukan para pengikut Ikhwanul Muslimin (mewakili Ikhwanul Muslimin) ialah suara yang diserukan oleh Salman al-Audah (salah seorang pengikut gerakan Ikhwanul Muslimin masa kini).

    MUHAMMAD SUHAIMI BIN ABDUL RAHMAN-080596
    MUHAMMAD AMMAR AL-HUSAINI BIN RAHIMIN-080727
    DUUS 4A

    ReplyDelete
  16. sejarah ringkas Hasan al-Banna.beliau dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku
    pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar,
    yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul
    Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali
    gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah
    meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam
    dan roh Islam di Dunia Arab.

    Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak
    kecil sehinggalah beliau menemui ajainya. Beliau tiada mempunyai rehat langsung.
    Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan orangorang
    Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji Al-Quran
    serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari,
    1949 di Kaherah. Umurnya ketika itu ialah 43 tahun.

    Dalam umurnya yang begitu singkat, Imam Hasan Al-Banna telah
    melancarkan satu gerakan Islam yang benar yang mempengaruhi seluruh Dunia Islam.
    Gerakan ini membawa perubahan hebat kepada Dunia Arab. Ia telah menegakkan
    semula kebenaran dan kekuatan Islam. Hasan Al-Banna adalah seorang yang
    berwibawa dan berhati tabah. Beliau memiliki peribadi Muslim sejati. Setiap tindakannya melambangkan eiri-ciri hidup Islam.

    mohd quayyum bin ibrahim 080323 dpik 4a

    ReplyDelete
  17. Hasan al-Banna.beliau dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku
    pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar,
    yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul
    Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali
    gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah
    meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam
    dan roh Islam di Dunia Arab.

    Hasan al-Banna adalah pengasas pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” di Kota Ismailiyah, Mesir pada tahun 1928M atau pada Zulkaedah 1347H. (Lihat: al-Mausu’ah al-Muyassarah. Hlm. 23) Manakala jema’ah Ikhwanul Muslimin adalah mereka yang menjadi pengikut kepelbagaian pemikiran Hasan al-Banna dan pengikut tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sesudahnya.
    Hasan al-Banna dilahirkan di kampung al-Mahmudiyah Mudiriyah al-Buhariyah (Mesir) pada 1324H bersamaan 1906M. (Lihat: an-Nuqtah Fauqal Huruf, hlm. 81 Ust. Ahmad Abdilkarim) Beliau meningal dunia pada tahun 1368H bersamaan 1949M. Nama penuh beliau ialah Hassan Bin Ahmad Bin Abdulrahman al-Banna. (Ad-Dakwah Ilallahi Ta’ala. Hlm. 86. Saied bin Abdulahraman al-Husin) Dialah yang menjadi Mursyid pertama bagi pertubuhan ini.

    Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak
    kecil sehinggalah beliau menemui ajainya. Beliau tiada mempunyai rehat langsung.
    Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan orangorang
    Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji Al-Quran
    serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari,
    1949 di Kaherah. Umurnya ketika itu ialah 43 tahun.

    peringkat Ikwanul Muslimin. Pertama memperkenalkan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan Ikhwanul Muslimin, kedua membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad dan ketiga melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital. Pembunuhan beliau telah didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

    rujukan internet

    muhd shanoor azwan b saari dpik 4c
    ahmad aizuddin b adam dpik 4a

    ReplyDelete
  18. Hasan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
    Hasan Al-Banna telah mendirikan suatu jemaah yang dinamakan "Al-Ikhwanul Muslimin" iaitu persaudaraan orang-orang muslim.
    Pada usia 20 tahun, Hasan Al-Bana telah menghafal 30 juz kitab suci Al-Quran.
    Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922.Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

    Hasan al-Banna bermati-matian berusaha untuk menyatu-padukan parti-parti tersebut ke dalam satu jamaah dengan satu nama iaitu “Ikhwanul Muslimin” (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin) walaupun beliau mengetahui akidah setiap golongan yang ingin disatukan ke dalam jemaah/pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” itu saling bertentangan. (Lihat: al-Majallah as-Salafiyah. Bil. 7 Penjelasan Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (Ulama Jordan)
    Antara slogan dan suara yang batil dalam usaha menyatukan para pengikut Ikhwanul Muslimin (mewakili Ikhwanul Muslimin) ialah suara yang diserukan oleh Salman al-Audah.

    izah afiqah bte azalan dpik 4c

    ReplyDelete
  19. apakah sumbangan hassan al banna kepada dakwah dan perjuangan islam

    ReplyDelete